Cahaya pesta kelahiran Yesus harus lebih terang menghalau kesuraman pandemik

Perayaan Kelahiran Kristus tidak seharusnya suram akibat pandemik yang sedang kita lalui, kerana ia adalah perayaan utama belas kasihan, pesta kasih sayang. Keindahan Natal terletak pada kerendahan hati dan kehangatan manusia.

Nov 27, 2021


ROMA:
Perayaan Kelahiran Kristus tidak seharusnya suram akibat pandemik yang sedang kita lalui, kerana ia adalah perayaan utama belas kasihan, pesta kasih sayang. Keindahan Natal terletak pada kerendahan hati dan kehangatan manusia.

Ini adalah pesan Sri Paus Fransiskus ketika beliau bertemu dengan peserta Peraduan Krismas pada 22 November lalu. Acara itu, yang dianjurkan oleh Yayasan Kepausan Gravissimum Educationis dan Missioni Don Bosco Valdocco, “memberi suara kepada golongan muda, dengan menjemput mereka untuk mencipta lagu baharu yang diilhamkan oleh Krismas.”

Sambil mengakui bahawa tahun ini sekali lagi, “cahaya akan dimalapkan disebabkan pandemik,” Sri Paus berkata bahawa kita tidak boleh kehilangan harapan. “Keindahan Krismas terserlah dalam perkongsian kecil tetapi ia mengembangkan hati, melawan kesombongan malah juga boleh menjana dinamik budaya, sosial dan pendidikan.”

Bapa Suci juga mengulangi kata-kata Santo Paulus VI, “"Dunia di mana kita hidup ini memerlukan keindahan agar tidak tenggelam dalam keputus asaan.” Keindahan? Keindahan yang bagaimana? Bukan yang palsu, bukan rupa paras atau dari kekayaan duniawi yang adalah hampa dan penjana kekosongan. Tidak. Tetapi tentang Tuhan yang menjadi daging, salah satu wajah – keindahan rupa-Nya, keindahan kisah-Nya; segala makhluk yang mengindahkan rumah (bumi) kita bersama - seperti yang diajarkan oleh Sto Fransiskus – mereka turut mengambil bahagian dalam memuji Yang Maha Tinggi.

Sri Paus Fransiskus mengakhiri pesannya dengan mengucapkan terima kasih kepada golongan muda, artis, dan ahli sukan dan wanita “kerana tidak lupa untuk menjadi penjaga keindahan ini, yang menjadikan Natal Tuhan bersinar dalam setiap isyarat kasih sayang, perkongsian dan pelayanan setiap hari.” — Aleteia

Total Comments:0

Name
Email
Comments