Cinta yang matang

Cinta yang matang

Oct 27, 2024


Seorang pendeta Lutheran, Dietrich Bonhoeffer sering menawarkan nasihat ini kepada pasangan ketika dia memberkati perkahwinan mereka: “Hari ini anda sedang jatuh cinta dan percaya cinta anda akan mengekalkan perkahwinan anda, tetapi sebenarnya tidak. Biarkan perkahwinan anda yang mengekalkan cinta anda.”

Kata-kata beliau memang bijak, tetapi apa sebenarnya maksudnya? Mengapa cinta tidak dapat mengekalkan perkahwinan? Apa yang Bonhoeffer ingin sampaikan di sini ialah, adalah naif untuk percaya atau berfikir bahawa perasaan atau emosi akan mengekalkan cinta dan komitmen dalam jangka masa panjang.

Tidak! Emosi dan perasaan tidak akan dapat mengekalkan cinta dan komitmen kita. Tetapi ritual boleh.

Bagaimana? Dengan mencipta wadah ritual yang boleh memastikan kita stabil meskipun dalam emosi sedih atau gembira yang melanda kita dalam sebarang hubungan jangka panjang.

Ringkasnya, kita tidak akan mengekalkan hubungan jangka panjang dengan orang lain, dengan Tuhan, dengan doa, atau dalam pelayanan ikhlas — atas dasar perasaan dan emosi yang positif. Perasaan dan emosi kita kebanyakannya datang dan pergi sesuka hati malah tidak teratur.

Kita tahu emosi kita tidak kekal positif selama-lamanya. Hari ini kita berasa sayang terhadap seseorang dan keesokan harinya kita berasa jengkel.

Begitu juga dengan doa. Mungkin hari ini kita berasa gembira dan fokus membaca Kitab Suci, tetapi keesokan harinya, mungkin kita berasa bosan dan terganggu.

Oleh sebab itu, Bonhoeffer mencadangkan bahawa kita perlu mengekalkan cinta dan doa dengan ritual, iaitu, dengan amalan kebiasaan yang membuat kita teguh dan komited dalam arus perasaan dan emosi. Sebagai contoh, pasangan dalam perkahwinan.

Mereka jatuh cinta dan komited untuk menyayangi satu sama lain dan kekal bersama antara satu sama lain sepanjang hayat mereka.

Pada dasarnya, mereka berniat untuk menghormati satu sama lain, baik antara satu sama lain, dan akan mati untuk satu sama lain.

Walau bagaimanapun, emosi tidak dapat membantu mereka untuk mengekalkan niat dan kehendak mereka.

Beberapa waktu kemudian, emosi mereka menyebabkan seolah-olah cinta mereka ialah sebuah dusta.

Mereka berasa jengkel dan marah antara satu sama lain. Namun, ritual tindakan mereka mengekalkan rasa disebabkan ritual, cinta dan komitmen, bukan perasaan negatif mereka, berjaya mengekalkan rumaj a
Misalnya, mereka tetap memeluk dan mencium satu sama lain ketika mereka meninggalkan rumah pada waktu pagi dengan kata-kata, “Aku sayang kamu!” Adakah kata-kata itu satu pembohongan? Adakah mereka hanya melakukan sesuatu? Atau adakah ini cinta sejati?

Perkara yang sama berlaku untuk cinta dan komitmen dalam keluarga. Bayangkan seorang ibu dan bapa dengan dua orang anak remaja, seorang lelaki berusia enam belas tahun dan seorang perempuan berusia empat belas tahun.

Sebagai sebuah keluarga, mereka mempunyai peraturan bahawa mereka akan duduk bersama semasa makan malam selama empat puluh minit setiap petang, tanpa telefon bimbit mereka.

Maka, apabila petang, anak lelaki atau perempuan atau salah seorang ibu bapa datang ke meja (tanpa telefon bimbit mereka) meskipun berasa bosan, mahu berada di tempat lain, takut atau sibuk.

Tetapi mereka tetap datang kerana mereka telah membuat komitmen itu. Adakah perlakuan mereka sia-sia atau menunjukkan cinta sejati?

Andai Bonhoeffer betul, dan saya akui pendapatnya adalah benar, maka orang-orang yang disebutkan tadi bukan sekadar melakukan tindakan sebaliknya mereka menyatakan cinta yang matang. Perasaan dan emosi gembira, tidak akan mengekalkan cinta dan komitmen kita dalam jangka masa lama.

Hanya kesetiaan kepada komitmen dan tindakan ritual yang menyokong perasan baik itu tidak hilang.

Dalam budaya kita hari ini, kita tidak memahami akan hal ini. Daripada seseorang yang terperangkap dalam budaya menagih kasih sehinggalah kepada sebilangan besar ahli terapi, pemimpin doa, pembimbing rohani dan kesatuan, kita mendengar nasihat seperti ini: Jika anda merasakan ia sia-sia, maka ia memang sia-sia: anda hanya mengikuti aliran atau pergerakan! Itu ritual kosong!

Sesungguhnya, memang ada risiko amalan itu akan menjadi ritual kosong. Seperti yang tertulis dalam kitab suci, kita boleh memuliakan Tuhan dengan bibir kita walaupun hati kita jauh daripada-Nya.

Namun, cinta yang matang tidak didorong oleh kepentingan diri dan perasaan yang baik. Cinta yang bijak dan matang ialah memahami keadaan manusia yang serba serbi tidak sempurna dan rumit. Ketidak sempurnaan inilah mewarnai dan merumitkan segala-galanya — termasuk yang kita cintai, diri kita sendiri, dan realiti cinta manusia itu sendiri.

Buku yang kita perlukan tentang cinta bukanlah yang ditulis oleh kekasih yang sedang mabuk bercinta pada bulan madu mereka.

Begitu juga dengan buki doa yang kita perlukan, yang bukan ditulis oleh seorang neofit yang sedang ghairah menimati keindahan doa atau yang ditulis oleh kebanyakan pemimpin doa yang bersemangat.
Buku yang kita perlukan tentang cinta ialah buku yang ditulis oleh pasangan suami isteri yang, melalui ritual terssss itu, mereka mengekalkan komitmen melalui pasang surut selama bertahun-tahun.

Sama seperti buku yang kita perlukan tentang doa, kita memerlukan buku yang ditulis oleh seseorang yang taat melalui kehidupan doa dan Gereja, taat mengikuti semua tatacara liturgi mengikut musim dan hari Minggu tetapi kadang-kadang merasai jemu atau malas berdoa dan bergelut untuk ke Gereja pada setiap hari Minggu! --Hakcipta Terpelihara 1999-2024 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments