CJC rai Minggu Laudato Si’ 2022

Komisi Keadilan Penciptaan Keuskupan Agung Kota Kinabalu (CJC) menyertai Gereja seluruh dunia untuk merayakan Minggu Laudato Si' 2022 pada 22-29 Mei ini.

May 20, 2022

KOTA KINABALU: Komisi Keadilan Penciptaan Keuskupan Agung Kota Kinabalu (CJC) menyertai Gereja seluruh dunia untuk merayakan Minggu Laudato Si' 2022 pada 22-29 Mei ini.

Ensiklik Laudato Si’ karangan Bapa Suci Fransiskus yang menulis seruan penjagaan ciptaan, menandakan ulang tahun ke-tujuh pada tahun ini.

CJC mengajak umat Katolik untuk mendengar dan menyahut seruan penciptaan bersama-sama, bersukacita dengan kemajuan yang telah kita capai dalam menghidupkan Laudato Si’, dan mempergiatkan usaha kita melalui Platform Tindakan Laudato Si’ yang dinamik, berjalan di laluan “Sinodal”.

Minggu Laudato Si’ 2022 akan menandakan sambutan Minggu Laudato Si’ global keempat (2016, 2020, 2021). Tetapi buat pertama kali sejak 2016, acara itu akan menampilkan acara secara bersemuka, satu peristiwa penting dalam usaha dunia menentang pandemik COVID-19.

Tema minggu Laudato Si’ pada tahun ini ialah “Mendengar dan Berjalan Bersama”. Acara global lapan hari itu akan dipandu oleh petikan berikut dari Laudato Si’ Bapa Suci Fransiskus: “Menyatukan keluarga manusia untuk melindungi kediaman bersama kita” (LS 13).

CJC telah menyediakan program/aktiviti sepanjang minggu tersebut dan semua umat dijemput untuk mengambil bahagian:

22 Mei 2022
-- 12:00 pm – 1:00 tengah hari (6.00 ptg – 7.00 ptg Masa Malaysia, Ahad)

-- Pembukaan Minggu Laudato Si’ oleh Bapa Suci Fransiskus

Pautan: https://laudatosiweek.org/event/opening-of-laudato-si-week-by-pope-francis/

8:00 malam: Renungan kepada tema “Mendengar dan Berjalan Bersama” oleh Fr Russell Lawrine

Pautan: https://m.facebook.com/Commission-for-Creation-Justice-of-Kota-Kinabalu-259566261284069/

23 Mei 2022
--10:00 pagi-12.00 tengah hari (4.00 ptg - 6.00 ptg Masa Malaysia)
-- Tiada lagi Keruntuhan Biodiversiti: Mengimbang Semula Sistem Sosial dengan Alam Semulajadi
Pautan: https://laudatosiweek.org/event/no-more-biodiversity-collapse-rebalancing-social-systems-with-nature/

8:00 mlm - 9.30 mlm

Ceramah secara maya menerusi Zoom
Topik: Gaya Hidup Sisa Sifar oleh Ruth Yap (Pengasas Zero Waste Sabah)

8:00 Mlm (Kuala Lumpur)

Join Zoom Meeting
Pautan: https://us02web.zoom.us/j/81137056055?pwd=c05mYlhubDlsWTR1aER5amhaTTZ2Zz09

Meeting ID: 811 3705 6055

Kata Laluan: ZEROWASTE

24 Mei 2022
Memperkasakan ECO-mmunity, Memeluk Orang Miskin – ulang tahun ke-tujuh Bapa Suci Fransiskus menandatangani Laudato Si’

Pautan: Empowering ECO-mmunity, Embracing the Poor (seventh anniversary of Pope Francis signing Laudato Si’) – Laudato Si Week

7:30 ptg – 9:40 mlm: Memahami Kerohanian Penciptaan Oleh Fr Jojo, SJ (CJC Wilayah)

Pautan: https://us06web.zoom.us/meeting/register/tZUrcuqgrjsvGd1MBOd4_wrHGaKP1GbyxLOB

25 Mei 2022
9:00 pagi – 10:30 pagi (3.00 ptg- 4.30 ptg Masa Malaysia)

Bahan Api Fosil, Keganasan dan Krisis Iklim

Pautan: https://laudatosiweek.org/event/fossil-fuels-violence-and-the-climate-crisis/

26 Mei 2022
2:30 ptg – 3:30 ptg (8:30 mlm – 9:30 mlm Masa Malaysia)

Melabur dalam Laudato Si’

Pautan: https://laudatosiweek.org/event/laudato-si-and-education-the-feast-of-the-ascension/

27 Mei 2022
Tayangan Filem Laudato Si’
Pautan: Laudato Si’ Movie presentation – Laudato Si Week

28 Mei 2022
7:00 ptg – 8:00 mlm

Kerohanian Ekologi/Festival Laudato Si dari Assisi

Pautan: https://laudatosiweek.org/event/ecological-spirituality-laudato-si-festival-from-assisi/

Pada 28 Mei, aktiviti Laudato Si’ diadakan di Pusat Retret FSIC, di Pace Bene, Kg Purak, Papar. Antara acara pada hari tersebut ialah cara TUT pokok, Vermikompos oleh Benny Franklin Hartheman (Pengarah urusan Bioexpert Sdn Bhd) serta bengkel Kitar Semula.

Misa Penutupan Minggu Laudato Si’ akan dipimpin oleh Fr Russell Lawrine, Penasihat Rohani, Komisi Keadilan Ciptaan, Keuskupan Agung Kota Kinabalu.

Total Comments:0

Name
Email
Comments