Coret coret minggu terakhir Sinode 2024

Dua orang figura Katolik terkemuka — Kardinal Joseph Zen dari Hong Kong dan pengarang dari Amerika, George Weigel telah mengkritik perhimpunan kali kedua Sinode tentang Sinodaliti.

Nov 02, 2024


Kritikan pedas terhadap perhimpuan kedua Sinode

Okt 19: Dua orang figura Katolik terkemuka — Kardinal Joseph Zen dari Hong Kong dan pengarang dari Amerika, George Weigel telah mengkritik perhimpunan kali kedua Sinode tentang Sinodaliti.

Kardinal Zen dalam blog peribadinya mengatakan, “dengan undi daripada bukan Uskup, maka perhimpunan ini bukanlah perhimpunan para Uskup...”

Penulis George Weigel pula mengkritik kehadiran dua orang Uskup dari China, yang menghadiri sesi kedua Sinode tentang Sinodaliti.

Katanya, Uskup Vincent Zhan Silu dari Funing/Mindong dan Uskup Joseph Yang Yongqiang dari Hangzhou pernah “menghina” Gereja Katolik.

Salah faham terhadap ketua dikasteri
Okt 20: Kardinal Victor Manuel Fernández, (gambar) ketua Dikasteri Vatikan untuk Doktrin Iman memohon maaf atas ketidakhadirannya dalam mesyuarat perwakilan Sinode, mengenai kumpulan kajian Vatikan tentang peranan wanita dalam Gereja.

Seramai 90 perwakilan sinode yang terlibat berasa kesal dan kecewa kerana ketidakhadiran kardinal itu dan cara mesyuarat itu dijalankan.

Kardinal Fernandez memohon maaf bahawa ketidakhadirannya “bukan kerana keengganan tetapi kerana ketidakupayaanbeliau untuk hadir pada hari dan masa yang dijadualkan.” Prelatus itu menjelaskan bahawa sebelum ini, beliau telah mengumumkan bahawa dua orang pegawai dikasteri akan menghadiri mesyuarat itu untuk mewakilinya.

Sri Paus kanonisasi 14 orang kudus baharu
Okt 20: Sri Paus Fransiskus memimpin Misa kanonisasi untuk 14 orang kudus baharu, termasuk seorang bapa kepada lapan orang anak, seorang friar Fransiskan yang terbunuh di Syria kerana enggan meninggalkan iman mereka setelah dipaksa memeluk Islam. Bapa Suci juga mewartakan tiga orang pengasas tarekat agama abad ke-19 dan 11 “Martir Damsyik” sebagai orang kudus yang akan dihormati oleh Gereja Katolik.

Sekali lagi ditegaskan, tidak ada ruang pentahbisan diakon wanita
Okt 21: Kardinal Victor Fernández menegaskan “Mentahbis wanita sebagai diakon untuk mempromosikan wanita dalam kepimpinan Gereja adalah mustahil dan muktamad tidak akan ada pentahbisan diakon untuk wanita pada masa ini.”

Kardinal Fernández menegaskan semula pendirian Sri Paus Fransiskus terhadap isu ini dan perkara ini akan terus dinilai oleh komisi khusus.

Para Uskup Afrika bicara bagaimana Gereja Sinodal mempengaruhi Afrika
Okt 22: Uskup Afrika berbicara, “Bagaimanakah Sinode mengenai Sinodal memberi kesan kepada Gereja di Afrika?

Fr Don Bosco Onyalla, ketua pengarang akhbar ACI Africa, menyatakan bahawa konsep teologi sinodal “di mana orang berkumpul” adalah realiti dan tradisi yang telah pun hidup di kalangan umat Katolik di seluruh dunia.

Salah seorang Uskup dari Afrika, Uskup Edouard Sinayobye dari Rwanda mengatakan, “proses sinodal yang dilancarkan oleh Sri Paus Fransiskus untuk Gereja sejagat pada 2021 menyediakan “asas alkitabiah dan teologi” untuk berkembang dalam persekutuan dan pendamaian dengan Tuhan dan orang lain.

Sri Paus kirim pesan video kepada peserta belia sinode
Okt 23: Sri Paus Fransiskus mengirim pesan video kepada kaum muda yang menyertai Perhimpunan Biasa para Uskup ke-16. Dalam video itu, Sri Paus men yamakan kaum muda seperti air mengalir. “Apabila air mengalir, ia petanda baik. Air yang tidak mengalir berisiko dicemari dan berbahaya. Bagi mengelakkan ini, kaum muda harus terus bergerak dan berjalan dengan berani dan sukacita dengan dipimpin oleh Roh Kudus.”

Total Comments:0

Name
Email
Comments