Dalam keluarga banyak impian Tuhan telah terwujud

“Dalam keluargalah banyak impian Tuhan bagi komuniti manusia terwujud,” kata Sri Paus Fransiskus yang turut menggesa universiti-universiti Katolik dan pasangan suami- isteri Katolik di seluruh dunia untuk menyokong “Family Glo-bal Compact (FGC).”

Jun 09, 2023


VATIKAN: “Dalam keluargalah banyak impian Tuhan bagi komuniti manusia terwujud,” kata Sri Paus Fransiskus yang turut menggesa universiti-universiti Katolik dan pasangan suami- isteri Katolik di seluruh dunia untuk menyokong “Family Glo-bal Compact (FGC).”

“Kita tidak boleh berpeluk tubuh melihat penurunan keluarga disebabkan individualisme dan konsumerisme,” tulis Bapa Suci dalam surat yang diterbitkan pada Mei 30, sempena pelancaran FGC oleh Dikasteri Awam, Keluarga dan Kehidupan Vatikan dan Akademi Ilmu Sosial Kepausan.

Tujuan FGC, sesuai misinya, adalah untuk meningkatkan dan mempertahankan pelayanan kepada keluarga “dalam aspek spi-ritual, pastoral, budaya, hukum, politik, ekonomi dan sosial.”

Gabriella Gambino, wakil setiausaha dikasteri itu mengatakan program-program universiti yang sudah ada tidak hanya fokus pada mempelajari keluarga, tetapi juga beberapa program kajian wanita lebih-lebih lagi pada masa ini, wujudnya ibu bapa tunggal, kemiskinan, masalah dan cabaran dalam membesarkan anak dan banyak lagi.

Tambahnya, FGC, ingin fokus pada pentingnya hubungan keluarga, termasuk mempromosikan perhatian kepada tanggungjawab wanita berkerjaya dan hubungan dengan pasangan, anak-anak, dan masyarakat. — media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments