Dalam Kesengsaraan Kristus: Kita berdoa untuk mangsa keganasan sehari-hari, peperangan, aborsi

Semasa merenungkan Kesengsaraan Kristus pada Minggu Suci, Sri Paus mengatakan beliau juga memikirkan mangsa perang, keganasan sehari-hari, dan pengguguran yang tidak bersalah yang “disalibkan pada zaman kita.”

Apr 03, 2021

VATIKAN: Semasa merenungkan Kesengsaraan Kristus pada Minggu Suci, Sri Paus  mengatakan beliau juga memikirkan mangsa perang, keganasan sehari-hari, dan pengguguran yang tidak bersalah yang “disalibkan pada zaman kita.”

“Dengan memuja Salib, kita akan menghidupkan kembali perjalanan Anak Domba yang tidak bersalah, yang dikorbankan demi keselamatan kita.

“Kita akan mengenang mereka yang sakit, miskin, yang ditolak dari dunia ini; kita akan mengingati ‘anak domba yang dikorbankan,’ mangsa perang, kediktatoran, keganasan setiap hari, pengguguran yang tidak bersalah,” kata Sri Paus Fransiskus pada 31 Mac.

“Di hadapan gambar Tuhan yang disalibkan, kita bawa di dalam doa mereka yang terlalu ramai disalibkan pada zaman kita, yang hanya dapat dihiburkan oleh-Nya dan hanya Dia yang memahami penderitaan mereka.” Audiensi Sri Paus yang disiarkan secara langsung pada hari Rabu Suci dari Istana Apostolik Vatikan, Uskup Roma itu mendesak umat Katolik “untuk tidak melupakan mereka yang disalibkan hari ini” kerana “di dalam mereka adalah Yesus.”

Sri Paus Fransiskus mengatakan bahawa penting untuk mengingati bahawa “setiap kali Ekaristi dirayakan” ia adalah seperti“kita akan pergi ke Kalvari ... untuk memperbaharui misteri Paskah.” 

“Dalam Sakramen ini, Yesus mengganti  korban korban - domba Paskah — diri-Nya sendiri. Tubuh dan Darah-Nya memberi kita keselamatan daripada perhambaan dosa dan kematian. Keselamatan dari segala bentuk perhambaan dijumpai di sana,” ujar Sri Paus.

Yesus di kayu salib memasuki “jurang penderitaan ... malapetaka dunia ini, untuk menebus dan mengubah,” katanya. “Dan juga untuk membebaskan kita masing-masing daripada kekuatan kegelapan, daripada kebanggaan, daripada pergelutan untuk dicintai oleh Tuhan.”

“Kerana dunia berada dalam kegelapan. Mari kita buat senarai ‘peperangan’ yang sedang kita alami sekarang ini, kanak-kanak yang mati kelaparan, kanak-kanak yang tidak mempunyai pendidikan, seluruh rakyat yang musnah akibat perang, oleh keganasan.

“Selain itu, mereka yang memerlukan ubat untuk merasa sedikit lebih baik, industri farmasi yang membunuh – ini semua malapetaka,” ucap Fransiskus.

Bapa Suci menambah bahawa “Yesus menanggung luka-luka kemanusiaan dan kematian itu sendiri, kasih Tuhan telah menyirami padang pasir kita, dia telah menerangi kegelapan kita.” —  CNA

Total Comments:0

Name
Email
Comments