DEC tekad penuhi keperluan sekolah mision

11 ahli Komisi Pendidikan Keuskupan (DEC) yang dilantik pada Dis, 1, 2013, mengadakan mesyuarat sulung mereka pada Mac 29 lalu di Bilik Mesyuarat, Gereja Holy Trinity serta menghadiri sesi pembentukan pada Mac 30, di Sekolah Menengah Konven St Ursula.

Apr 11, 2014

TAWAU (Herald Malaysia): 11 ahli Komisi Pendidikan Keuskupan (DEC) yang dilantik pada Dis, 1, 2013, mengadakan mesyuarat sulung mereka pada Mac 29 lalu di Bilik Mesyuarat, Gereja Holy Trinity serta menghadiri sesi pembentukan pada Mac 30, di Sekolah Menengah Konven St Ursula.

Anggota-anggota Komisi terdiri daripada semua Pengerusi Lembaga Gabenor di Keuskupan dan dua orang awam adalah dilantik. Philip Lee, Pengerusi Komisi Pendidikan Keuskupan bagi penggal kedua, mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Antara yang hadir ialah Fr David Garaman, Pembantu Paderi Paroki Holy Trinty dan Sdr Francis Tan (Setiausaha Eksekutif Keuskupan). Antara yang dibincangkan ialah mengenai Struktur Organisasi Sekolah-sekolah Mision di Malaysia, Federasi Majlis Sekolah-sekolah Kristian Malaysia (FCCMSM), Majlis Sekolah Kristian Malaya (MCSC), Majlis Sekolah Kristian Sabah (SCSC), Majlis Sekolah Kristian Sarawak (SCSC) serta peranan Komisi Pendidikan Keuskupan.

Ahli-ahli DEC diutus dalam Misa Senja, Mac 29, yang dipimpin oleh Msgr Nicholas Ong. Para anggota DEC berikrar di hadapan Tuhan untuk setia melayani serta komited dalam memenuhi keperluan Sekolah-sekolah Mision Katolik.

Semasa sesi pembentukan pada Mac 30, beberapa isu dibincangkan dengan panjang lebar. Antara perkara yang dibincangkan ialah menambah baik struktur organisasi yang sedia ada, prosedurprosedur standard menggunakan gerangeran Kerajaan, menubuhkan dana yang strategik, membuat data bagi guru-guru Katolik, pengajaran Bible Knowledge serta rancangan menubuhkan kelabkelab bukan Islam. Hasil perbincangan itu akan dihantar kepada Pihak Berkuasa Mision bagi semakan dan pengesahan.

Total Comments:0

Name
Email
Comments