Diakon Nalerin Erone SJ bakal ditahbis Julai 31, 2024

Atas permohonan dan cadangan Fr Francis Lim, SJ, Penguasa Serantau Yesuit Malaysia-Singapura, Uskup Agung John Wong Soo Kau, Kota Kinabalu telah bersetuju untuk mentahbiskan Diakon Nalerin Erone Bin Nahfirin, SJ ke Jabatan Imamat pada Julai 31, 2024.

Jul 26, 2024


KOTA KINABALU:
Atas permohonan dan cadangan Fr Francis Lim, SJ, Penguasa Serantau Yesuit Malaysia-Singapura, Uskup Agung John Wong Soo Kau, Kota Kinabalu telah bersetuju untuk mentahbiskan Diakon Nalerin Erone Bin Nahfirin, SJ ke Jabatan Imamat pada Julai 31, 2024 jam 7.00 malam di Katedral Sacred Heart, Kota Kinabalu.

Diakon Nalerin Erone, SJ berasal dari Kota Kinabalu. Beliau menyertai Persatuan Yesus atau Yesuit pada Jun 22, 2012 dan ditahbis sebagai Diakon pada Februari 4, 2023 di Madrid.

Anak kepada pasangan mendiang Nahfirin B.J. Nahsipin dan Resintia Bte Elias Bakar, dilahirkan pada Ogos 27, 1987.

Dibaptis pada April 21, 1988 di Katedral Sacred Heart, Kota Kinabalu.

Nalerin dilantik sebagai Lector dan Acolite pada September 14, 2020 di Gereja Immaculate and San Pedro Claver, Madrid dan ditahbis sebagai diakon pada tahun 2023 di Gereja San Francis of Borja, Madrid oleh Kardinal Carlos Osoro Sierra, Uskup Agung Madrid.

Diakon Nalerin ditahbis sebagai diakon bersama 12 orang calon paderi Yesuit yang lain.

Bermula sebagai novis di Semarang Indonesia (2012) sehinggalah kini, masih dalam pengajian Ijazah dalam Sacred Theology (Spirituality) di Universiti Comillas, Madrid, Sepanyol, kini Diakon Nalerin menunggu dalam beberapa hari sahaja lagi untuk ditahbis sebagai paderi.

Semua umat Katolik khususnya di Keuskupan Agung Kota Kinabalu diseru untuk mendoakan pentahbisan calon paderi Nalerin Erone SJ dalam beberapa hari sahaja lagi.

Total Comments:0

Name
Email
Comments