Dialog harmoni Kardinal dan Menteri Besar Kelantan

Dalam satu perhimpunan yang dianjurkan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, Kardinal Sebastian Francis menyampaikan pendirian Gereja Katolik, khususnya Keuskupan Pulau Pinang yang lebih mengutamakan dialog serta toleransi dalam pelbagai bentuk isu yang melanda negara.

Dec 01, 2023

Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Daud dan Kardinal Sebastian Francis


KOTA BHARU:
Dalam satu perhimpunan yang dianjurkan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, Kardinal Sebastian Francis menyampaikan pendirian Gereja Katolik, khususnya Keuskupan Pulau Pinang yang lebih mengutamakan dialog serta toleransi dalam pelbagai bentuk isu yang melanda negara.

Prelatus itu juga memberitahu Menteri Besar, YAB Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Daud, akan pendirian Gereja Katolik sejagat dalam isu Palestine-Israel bahawa Vatikan mengiktiraf kedaulatan Palestine sejak bulan Jun 2016, serta menyampaikan permohonan Sri Paus Fransiskus agar semua pemimpin dunia berpihak kepada keamanan.

Rombongan Kardinal Sebastian disertai oleh Fr Konstend Gnanapragasam, para biarawati FMM dan FSIC dan umat dari Kota Bharu.

Turut hadir dalam sesi dialog itu ialah perwakilan dari denominasi Kristian, Buddha, Hindu dan juga ahli-ahli Kelab Penyokong PAS.

Memperkukuhkan hubungan antara agama dalam dialog dan kerjasama merupakan warisan arwah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, dalam mempromosi interaksi positif dan keharmonian antara agama.

Total Comments:0

Name
Email
Comments