Dispensasi dari berpuasa sempena Tahun Baru Cina 2025

Tahun Baru Cina jatuh pada Januari 29, 2025, dan kebanyakan orang Cina meraikan acara tersebut selama lima belas hari, berakhir pada Februari 12, 2025.

Jan 26, 2025


Saudara saudari terkasih, Tahun ini,

Tahun Baru Cina jatuh pada Januari 29, 2025, dan kebanyakan orang Cina meraikan acara tersebut selama lima belas hari, berakhir pada Februari 12, 2025.

Konferensi para Uskup Katolik Malaysia, Singapura dan Brunei, dengan nasihat Komisi Liturgi Episkopal Serantau Malaysia, Singapura dan Brunei, memberikan makluman berikut sebagai panduan:

1. Pada hari Jumaat, Januari 31, 2025 dan Februari 7, 2025, dibenarkan untuk tidak berpuasa.
2. Umat beriman digalakkan untuk menggantikan hari-hari tidak berpuasa tersebut dengan bentukbentuk penebusan dosa lain seperti kerja-kerja amal dan doa-doa sempena Tahun Jubli ini.

Semoga anda dilimpahi rahmat Tuhan dan perayaan Tahun Baru Cina yang meriah.

Kardinal William Goh
Presiden Komisi Liturgi Episkopal
Serantau Konferensi para Uskup
Katolik Malaysia-Singapura-Brunei

Total Comments:0

Name
Email
Comments