Doa intensi Sri Paus Tahun 2025
Jaringan Doa Seluruh Dunia Sri Paus telah mengeluarkan senarai intensi doa Bapa Suci tahun 2025.
Jan 11, 2025
ROMA: Jaringan Doa Seluruh Dunia Sri Paus telah mengeluarkan senarai intensi doa Bapa Suci tahun 2025. Setiap bulan, Sri Paus Fransiskus meminta umat Katolik di seluruh dunia untuk berdoa bagi intensi tertentu. Inisiatif ini disertakan dengan video yang menjelaskan mengapa Sri Paus memilih intensi tersebut.
Berikut merupakan intensi doa Sri Paus bagi tahun 2025:
Januari: Hak Mendapat Pendidikan
Marilah kita berdoa untuk para pendatang, pelarian dan mereka yang terjejas oleh peperangan, agar hak mereka untuk mendapat pendidikan, yang adalah perlu untuk membina dunia yang lebih baik, akan sentiasa dihormati.
Febuari: Panggilan Hidup Imamat dan Religius
Marilah kita berdoa agar komuniti Gereja dapat membantu keinginan dan keraguan orang muda yang merasakan panggilan untuk melayani misi Kristus dalam hidup imamat dan religius.
Mac: Keluarga Dalam Krisis
Marilah kita berdoa agar keluarga yang berpecah belah dapat menemui penawar untuk luka mereka melalui pengampunan, mencari semula karunia masing-masing, walaupun dalam perbezaan mereka.
April: Penggunaan Teknologi Baharu
Marilah kita berdoa agar penggunaan teknologi baharu tidak akan menggantikan hubungan sesama manusia, menghormati maruah orang tersebut, dan akan membantu kita menghadapi krisis zaman kita.
Mei: Bagi Situasi Pekerjaan
Marilah kita berdoa agar melalui pekerjaan, setiap orang dapat mencapai kepuasan, maruah keluarga dapat dikekalkan dan kehidupan masyarakat semakin baik.
Jun: Agar Dunia Dapat Berkembang Dalam Belas Kasihan.
Marilah kita berdoa agar setiap daripada kita mendapat penghiburan dalam hubungan peribadi dengan Yesus, dan belajar dari Hati-Nya agar mempunyai belas kasihan kepada dunia.
Julai: Untuk Pembentukan Dalam Pendalaman Kerasulan
Marilah kita berdoa agar kita dapat belajar lagi untuk memahami, mengetahui cara memilih jalan kehidupan dan menolak segala sesuatu yang membawa kita menjauhi Kristus dan Injil.
Ogos: Untuk Kewujudan Bersama
Marilah kita berdoa agar masyarakat di mana kewujudan bersama kelihatan lebih sukar, agar tidak tunduk kepada godaan berkonfrontasi atas sebab etnik, politik, agama atau ideologi.
September: Untuk Hubungan Kita Dengan Semua Ciptaan
Marilah kita berdoa agar, dengan ilham oleh Sto Fransiskus, kita dapat mengalami saling kebergantungan dengan semua makhluk yang dikasihi oleh Tuhan dan layak dikasihi dan dihormati.
Oktober: Untuk Kerjasama Antara Tradisi Agama yang berbeza
Marilah kita berdoa agar penganut tradisi agama yang berbeza dapat bekerjasama untuk mempertahankan dan mempromosikan keamanan, keadilan dan persaudaraan manusia.
November: Untuk Mencegah Bunuh Diri
Marilah kita berdoa agar mereka yang tergoda untuk membunuh diri, mendapat sokongan, penjagaan dan kasih sayang yang mereka perlukan dalam komuniti mereka, dan terbuka kepada keindahan hidup.
Disember: Bagi Penganut Kristian Dalam Kawasan Konflik
Marilah kita berdoa agar orang Kristian yang tinggal di kawasan peperangan atau konflik, terutamanya di Timur Tengah, boleh menjadi benih keamanan, perdamaian dan harapan. --CNA
Total Comments:0