Doa untuk Negara kita

Doa untuk Negara kita

Nov 18, 2022

Pemimpin:
Marilah kita
mewartakan nama Tuhan
dan memuji kemuliaan
Tuhan kita!

Semua:
Tuhan, betapa sempurnanya
karya-Mu dan semua
perbuatan-Mu adalah adil.
Biarlah suara-Mu didengar
pada hari ini oleh
semua bangsa!

Ya Tuhan, Hakim para bangsa,
Urapilah kami dengan ketakutan
akan kemurkaan-Mu agar kami sedar bahawa
kami hanyalah manusia biasa.

Bapa, seluruh alam semesta Mu
mengeluh dan berbeban berat untuk ingin
dibebaskan dari kuasa
yang menghancurkan,
untuk bebas di dalam kemuliaan
sebagai anak-anak Tuhan.

Tuhan Yesus, utuslah Roh
Kebenaran-Mu dan biarlah Roh ini
membuktikan ‘kepada kuasa-kuasa duniawi”
betapa salahnya pendapat mereka tentang
dosa, dan apa yang benar dan hukuman Tuhan.

Ya Tuhan, tunjukkanlah kuasa akan
karya-karya-Mu kepada semua umat-Mu dan
penuhilah kami dengan pengetahuan akan
kemuliaan-Mu sebagaimana
lautan penuh dengan air.

Himpunkan kami semua
ya Tuhan di dalam Nama-Mu
dan semoga semua orang
memuji bahawa Engkaulah
satu-satunya Tuhan
yang Benar.

(Doa ini digubah dari pelbagai petikan Alkitab)

Total Comments:0

Name
Email
Comments