Dokumen Akhir Sinode tentang Sinodaliti akan segera dilaksanakan

Pada November 26, Sri Paus Fransiskus menjelaskan bahawa dokumen Sinode terakhir mengenai Sinodaliti — yang menyeru kepada perubahan struktur, termasuk lebih penglibatan orang awam dan penyertaan wanita dalam Gereja - adalah sebahagian daripada magisterium biasa Gereja dan harus dilaksanakan oleh keuskupan dan Gereja.

Dec 06, 2024


VATIKAN: Pada November 26, Sri Paus Fransiskus menjelaskan bahawa dokumen Sinode terakhir mengenai Sinodaliti — yang menyeru kepada perubahan struktur, termasuk lebih penglibatan orang awam dan penyertaan wanita dalam Gereja - adalah sebahagian daripada magisterium biasa Gereja dan harus dilaksanakan oleh keuskupan dan Gereja.

"[Dokumen terakhir] merupakan sebahagian magisterium biasa pengganti Sto Petrus, dan oleh sebab itu, saya meminta agar ia diterima,” tulis Sri Paus Fransiskus dalam notnya mengenai dokumen 52 halaman itu.

Dalam catatannya, belie menjelaskan bahawa dokumen akhir adalah sebahagian daripada “ajaran sahih Uskup Roma.”
Daripada menerbitkan dokumen pasca sinodenya sendiri, Fransiskus memilih untuk meluluskan dokumen akhir sinode sepenuhnya pada Oktober 26. Bapa Suci menandatangani dokumen itu sebagai tanda beliau menyertai perhimpunan sinode dan menujukan dokumen itu kepada umat Tuhan.

“[Dokumen terakhir] kini sudah boleh dilaksanakan dalam Gereja-gereja tempatan dan perkumpulan Gereja, dengan mengambil kira konteks yang berbeza, apa yang telah dilakukan dan apa yang masih perlu dilakukan, untuk mempelajari dan mengembangkan kaedah yang sesuai untuk Gereja sinode misionari,” tulis Sri Paus.

“Gereja tempatan dan kumpulan Gereja kini diminta untuk melaksanakan, dalam konteks yang berbeza, petunjuk berwibawa yang terkandung dalam dokumen itu, melalui proses pertimbangan dan membuat keputusan yang disediakan oleh undang-undang dan oleh dokumen itu sendiri,” tambah Fransiskus.

Bapa Suci menulis bahawa kesimpulan Sinode tentang Sinodaliti, “tidak mengakhiri proses sinode.”

Dokumen itu memerlukan pengukuhan majlis pastoral di peringkat paroki dan keuskupan dengan menyatakan bahawa kuasa uskup tempatan dan Sri Paus “berkaitan dengan pengambilan keputusan adalah tidak boleh dilanggar.”

Selain itu, dokumen itu memerlukan lebih banyak penyertaan awam dalam semua pembuatan keputusan Gerejawi.

Ia secara khusus menyeru lebih ramai wanita dalam peranan kepimpinan tetapi ia tidak menyatakan kemungkinan pentahbisan diakon wanita. Ia juga mengutuk pengecualian berdasarkan “situasi perkahwinan, identiti atau seksualiti” seseorang. --CNA

Total Comments:0

Name
Email
Comments