Dua paderi Korea melayani di Sabah sambut ulang tahun imamat

Paderi Korea yang melayani di Sabah, Fr Lawrence Kim dan Fr Andrew Kim meraikan ulang tahun imamat mereka di Gereja St Francis Xavier di sini pada 9 Jan pada Misa 10.00 pagi yang diikuti dengan jamuan makan tengah hari.

Jan 21, 2022


POTUKI, Putatan:
Paderi Korea yang melayani di Sabah, Fr Lawrence Kim dan Fr Andrew Kim meraikan ulang tahun imamat mereka di Gereja St Francis Xavier di sini pada 9 Jan pada Misa 10.00 pagi yang diikuti dengan jamuan makan tengah hari. Fr Lawrence dan Fr Andrew merupakan paderi religius dari , Clerical Society of the Most Holy Trinity of Mirinae, Keuskupan Suwon Korea Selatan.

Fr Andrew Kim, yang ditahbiskan pada 11 Jan 2017, dan meraikan ulang tahunnya imamatnya yang ke-5, berkata kepada komuniti Potuki bahawa tanpa doa mereka, seorang imam tidak dapat meneruskan misi Injil secara sendirian.

Lima tahun sebagai paderi, Fr Andres tetap merasakan dirinya sebagai “seorang imam muda, masih melakukan kesilapan dan menghadapi godaan” dan meminta umat agar mendoakan dirinya dan para paderi lain.

Selama lima tahun sebagai paderi ini juga, Fr Andrew menghabiskan sebahagian besar pelayanannya di Sabah. Beliau tiba di Kota Kinabalu pada 2017. Pada awal pelayanannya, beliau sangat gementar kerana masih baharu, dan melihat Kg Potuki sebagai ‘Nazaret’ untuknya.

Fr Andrew memasuki seminari di Keuskupan Suwon, Korea Selatan pada usia 18 tahun, sejurus selepas tamat sekolah menengah. Beliau kini berusia 35 tahun.

Sebagai paderi muda di Sabah, Fr Andrew berkata beliau telah belajar banyak perkara. Beliau bercita-cita untuk lebih mahir berbahasa Inggeris dan bahasa Kadazan.

Fr Lawrence Kim, yang ditahbis pada 6 Jan 2000, merupakan salah seorang paderi pertama dalam “alaf baru di Korea Selatan”. Beliau merayakan ulang tahun imamat yang ke-22.

Katanya, “Hari ini adalah hari yang bermakna dan saya rasa sudah tiba masanya untuk meneliti semula kehidupan saya. Apabila saya ditahbis sebagai imam, saya bimbang tentang bagaimana menjalani kehidupan yang menyerupai Tuhan. Salah satu perkara yang paling perlu bagi seorang paderi ialah doa peribadi dan sokongan doa daripada orang ramai di sekelilingnya. Melalui doa-doa ini, seorang paderi mendapat kekuatan rohani. Maka saya mohon didoakan agar dapat meneruskan kepaderian saya yang serupa dengan Kristus,” kata Fr Lawrence.

Sepanjang 22 tahun melayani, selain menjadi paderi paroki, beliau juga merupakan direktor rohani dalam kongregasinya. Beliau juga terlibat secara langsung dalam membangunkan Shrine Mirinae di mana makam paderi pertama Korea, Fr Andrew Kim dikebumikan. Dalam membantu kerja pembangunan di Mininae Shrine, beliau pernah tercedera dan dimasukkan ke hospital.

Selain itu, Fr Andrew juga pernah menjadi paderi paroki selama empat tahun bagi komuniti Korea di USA, menjadi direktor bagi sebuah hospital di Daegu, Korea Selatan dan membantu memperbaharui sistem pertanian di Icheon Turut hadir pada Misa itu ialah borther-brother religius dari St Gabriel, para religius FSIC, Lembaga Gabenor Woori Jib dan komuniti Katolik Potuki.

Total Comments:0

Name
Email
Comments