Empat jenis doa yang membuatkan kita selalu berdoa

Ketika Yesus mahu kita mem-baca tanda-tanda zaman, Dia tidak mencadangkan kita membaca setiap analisis politik, sosial, atau ekonomi yang kita temui.

Jun 02, 2023


Terdapat empat jenis doa Kristian yang berbeza: Terdapat doa Incarnational, doa Mistik, doa Afektif, dan doa Imamat. Apa semua ini? Apakah perbezaan semua doa ini?

Doa Incarnational. Sto Paulus mengajak kita untuk “sentiasa berdoa.”

Bagaimana dapat selalu berdoa? Bagaimana ia boleh dilakukan? Kita tidak boleh selalu berdoa — atau bolehkah kita?
Apa yang diajak oleh Paulus untuk kita lakukan adalah apa yang Yesus mahu kita lakukan apabila Dia memberitahu kita untuk “membaca tanda-tanda zaman”.

Ketika Yesus mahu kita mem-baca tanda-tanda zaman, Dia tidak mencadangkan kita membaca setiap analisis politik, sosial, atau ekonomi yang kita temui.

Sebaliknya, Dia menjemput kita untuk mencari Tuhan dalam setiap peristiwa dalam kehidupan kita.

Generasi ibu bapa saya menjelaskan bahawa perkara ini adalah “penyelenggaran ilahi” iaitu melihat setiap peristiwa dalam kehidupan kita dan peristiwa-peristiwa utama dunia — dengan dan bertanya kepada diri sendiri: “Apa yang ingin Tuhan katakan dalam peristiwa ini?”

Tetapi, untuk melakukan ini, kita harus berhati-hati. Kita harus menggelakkan diri dari menyalahkan Tuhan kerana terjadi kemalangan, penyakit, kelukaan, , peperangan, kebuluran, gempa bumi, pemanasan global, atau pandemik; Tuhan juga tidak menyebabkan kemenangan loteri atau pasukan sukan kegemaran kita menang dalam kejohanan, tetapi Tuhan bercakap melalui peristiwa-peristiwa tersebut.

Kita berdoa secara tidak langsung apabila kita mendengar atau mengambil perhatian terhadap peristiwa itu.
Doa Mistik. Berdoa secara mistik bukanlah tentang pengalaman rohani yang luar biasa, juga tidak berkaitan dengan visi, sukacita dan kegembiraan.

Mistik bukan mengenai perkara-perkara ini. Pengalaman mistik ialah disentuh oleh Tuhan dengan cara yang lebih mendalam berbanding apa yang dapat kita fahami dan terima dalam akal dan imaginasi kita, mengetahui se-suatu yang di luar dugaan, minda dan hati kita.

Sebagai contoh, C.S. Lewis, dalam menerangkan pengalaman pertobatannya, beliau memberitahu bahawa pertama kali beliau berlutut dan mengakui Kristus, dia tidak melakukannya dengan penuh semangat.

Sebaliknya, dia melafazkan beberapa ungkapan (yang menjadi terkenal). Beliau berlutut sebagai “pemeluk agama baru yang paling enggan dalam sejarah Kristian.”

Apa yang memaksa beliau untuk berbuat demikian?

C.S Lewis berkata: “Kekerasan Tuhan lebih baik daripada kelembutan manusia, dan paksaan Tuhan adalah pembebasan kita.”

Kita berdoa secara mistik setiap kali kita mendengar dan mematuhi suara yang paling menarik dari dalam diri kita, yang memberitahu kita di mana Tuhan dan tugas memanggil kita.

Doa Afektif. Semua doa devosi (adorasi Kristus, litani, rosari, doa permohonan melalui perantaraan Bonda Maria atau santo, dan se-bagainya) adalah doa-doa afektif, begitu juga semua bentuk meditasi dan renungan.

Semua bentuk doa itu mempunyai intensi yang sama. Bagaimana?

Dalam Injil Yohanes, kata-kata pertama yang diungkapkan dari mulut Yesus adalah soalan. Orang memandang-Nya dengan rasa kagum, ingin tahu, tetapi Dia bertanya, “Apa yang kamu cari?”

Persoalan itu kekal di seluruh injil sebagai asas. Banyak perkara yang berlaku di permukaan, tetapi di bawah permukaan itu ada soalan yang berulang kali bergema: “Apa yang anda cari?”

Yesus menjawab soalan itu dengan jelas pada akhir Injil iaitu pada pagi kebangkitan-Nya. Maria dari Magdala datang men-cari–Nya, membawa rempah untuk merawat jenazah-Nya. Yesus bertemu dengannya, tetapi Maria tidak mengenali-Nya.

Yesus mengulangi soalan yang merupakan asas Injil: “Apa yang anda cari?” dan memberi kita jawapan sebenar.
Yesus menyebut namanya dengan lembut, “Maria”.

Dalam peristiwa ini, Yesus mengungkapkan apa yang selalu dicari oleh Maria dan kita semua iaitu suara Tuhan, secara bersemuka, mencari suara Tuhan yang penuh kasih, menyebut nama kita dengan lemah lembut dan penuh cinta.

Pada akhirnya, itulah yang kita semua cari, untuk mendengar Tuhan memanggil nama kita dengan cinta.

Inilah matlamat utama semua doa, devosi, sama ada untuk diri kita sendiri, untuk orang lain, atau untuk dunia.

Doa Imamat. Doa Imamat adalah doa Kristus melalui gereja untuk dunia. Iman Kristian ialah Kristus masih mengumpulkan kita bersama-sama di sekitar firman-Nya dan Ekaristi.

Dan kita percaya bahawa setiap kali kita bersatu, di gereja atau di tempat lain, untuk berkumpul di sekitar kitab suci atau untuk meraikan Ekaristi, kita memasuki doa itu.

Ini biasanya dipanggil doa liturgi; doa seperti ini adalah doa Kristus, bukan kita sendiri. Malah, ia bukan doa untuk diri kita sendiri atau untuk gereja, tetapi doa untuk satu dunia –“Daging-Ku adalah makanan untuk kehidupan dunia”.

Kami berdoa secara liturgi, doa imamat, setiap kali kita berkumpul untuk meraikan kitab suci, Ekaristi, atau Sakramen.

Doa Imamat juga doa yang diungkapkan oleh komuniti atau secara peribadi yang dipanggil Ibadat Harian (Lauds dan Vespers). Kita diminta untuk berdoa secara teratur untuk dunia dengan cara ini berdasarkan imamat yang dianugerahkan kepada kita semasa kita dibaptis.

Empat doa ini adalah doa Kristian yang matang dan sihat secara rohani serta dapat membantu kita agar kita sentiasa berdoa dan berdoa bersama Kristus. — Hakcipta Terpelihara 1999-2023 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments