Empat seminarian bakal ditahbis sebagai diakon di Keuskupan Agung Kota Kinabalu

Selepas berunding dengan ahli-ahli Majlis Penasihat, Uskup Agung John Wong telah bersetuju untuk mentahbis empat orang calon diakon

Oct 16, 2021


KOTA KINABALU:
Selepas berunding dengan ahli-ahli Majlis Penasihat, Uskup Agung John Wong telah bersetuju untuk mentahbis empat orang calon diakon:


1.Seminarian Lasius Gantis dari Paroki Holy Trinity, Inobong

2.Seminarian Peter Chung Pit Soon dari Paroki St John, Tuaran

3.Seminarian Sylvester Wong Vun Cheong dari Paroki Katedral Sacred Heart,KK

4.Seminarian Terans Thadeus dari Paroki Holy Rosary. Limbahau Misa Kudus pentahbisan akan diadakan pada hari dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 4 Disember 2021
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Katedral Sacred Heart, Kota Kinabalu

Disebabkan SOP, Misa Kudus tidak dibuka kepada umum namun akan disiarkan secara langsung di saluran Youtube Katedral Sacred Heart.

Mereka yang mempunyai halangan para seminarian ini untuk ditahbis sebagai diakon, sila hubungi Keuskupan Agung dengan segera.

Uskup Agung John Wong mengajak para umat agar menyokong para seminarian dalam doa lebihlebih lagi pada masa sekarang, mereka sedang mempersiapkan diri dalam memasuki pelayanan diakon dan melayani umat Tuhan di Keuskupan Agung Kota Kinabalu.

Total Comments:0

Name
Email
Comments