Gereja cari bantuan untuk Myanmar yang dilanda taufan Mocha

Gereja di Myanmar yang dilanda perang saudara sedang mengetuk pintu organisasi atau pertubuhan-pertubuhan antarabangsa untuk menyumbangkan bahan bantuan ke negara Asia Tenggara yang dilanda Taufan Mocha.

Jun 02, 2023

Mangsa taufan Mocha sedang mendapatkan air di pusat distribusi di Sittwe pada pada Mei 17. selepas taufan Mocha melanda. Ribuan para penduduk desa menunggu sedang bantuan. Gambar: ucanews.com


YANGON: Gereja di Myanmar yang dilanda perang saudara sedang mengetuk pintu organisasi atau pertubuhan-pertubuhan antarabangsa untuk menyumbangkan bahan bantuan ke negara Asia Tenggara yang dilanda Taufan Mocha.

“Kami telah meminta bantuan, termasuk Caritas Internationalis, untuk mengirimkan bantuan ke tempat-tempat yang terkena bencana seperti di wilayah Rakhine, Chin dan Mandalay,” kata Fr Nereus Tun Min, direktor Caritas Pyay.

Fr Min menjelaskan pihak Caritas Pyay telah menghantar bantuan untuk wilayah Rakhine yang paling terkesan dan daerah Paletwa yang terletak di wilayah Chin, sebuah daerah yang mempunyai ramai penduduk Kristian juga merupakan tempat perlindungan semasa junta menyerang atau mencari para pembantah yang menentang kerajaan.

Keuskupan Pyay juga giat mencari sumber daya untuk memperbaiki gereja yang rosak.

PBB telah meminta 333 juta dolar AS untuk membantu 1.6 juta korban di Myanmar, kebanyakan mereka telah kehilangan rumah.

Badai ini telah menghancurkan daerah pesisir, menyebabkam ratusan ribu orang yang sudah dalam kesusahan, berumah tanpa bumbung ketika musim hujan datang,” kata Ramanathan Balakrishnan, koordinator kemanusiaan PBB untuk Myanmar, kepada wartawan di Geneva, pada Mei 23.

“Kami sekarang berusaha menyediakan tempat berlindung yang selamat bagi para mangsa dan cuba mencegah penyebaran penyakit melalui air,” kata Balakrishnan. — ucanews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments