Gereja-gereja Katolik India dedikasi hari berdoa 7 Mei, akhiri pandemik

Kardinal Oswald Gracias, Presiden para Uskup Katolik India (CBCI), setelah berunding dengan Gerejagereja Syro Malabar dan Syro Malankara, menyampaikan jemputan kepada semua Gereja untuk bersatu kepada Tuhan pada masa kesusahan, panik dan kesedihan yang disebabkan oleh penularan jangkitan COVID-19."

Apr 30, 2021

KOHIMA: Kardinal Oswald  Gracias, Presiden para Uskup  Katolik India (CBCI), setelah berunding dengan Gerejagereja Syro Malabar dan Syro  Malankara, menyampaikan  jemputan kepada semua Gereja untuk bersatu kepada Tuhan  pada masa kesusahan, panik  dan kesedihan yang disebabkan oleh penularan jangkitan  COVID-19."

Para ketua gereja lain, khususnya NCCI dan EFI telah  bersetuju untuk menyertai doa  ini yang diadakan serentak  pada 7 Mei, 2021. 

Setiap komuniti dan paroki  diminta untuk meluangkan  masa satu jam di hadapan  Sakramen Mahakudus, berdoa rosari  dan sebagainya agar pandemik Covid-19 segera berakhir. 

Doa-doa ini juga adalah sebagai penyembuhan bagi mereka yang dijangkiti,  penghiburan bagi mereka yang berkabung, keberanian dan motivasi bagi para  barisan hadapan serta mereka yang terlibat dalam penyelidikan dan pengeluaran  ubat-ubatan. — Matters India

Total Comments:0

Name
Email
Comments