Gereja Holy Sepulchre Yerusalem dibuka semula

Pemimpinpemimpin Kristian membuka semula Gereja Holy Sepulchre di Yerusalem kerana membantah polisi Israel yang terang-terangan cuba melemahkan perkembangan agama Kristian di rantau itu.

Mar 09, 2018

YERUSALEM: Pemimpinpemimpin Kristian membuka semula Gereja Holy Sepulchre di Yerusalem kerana membantah polisi Israel yang terang-terangan cuba melemahkan perkembangan agama Kristian di rantau itu. Beberapa minggu lalu, pemimpin gereja Katolik, Ortodoks Yunani dan Armenia bersama-sama memutuskan untuk menutup tapak suci selama-lamanya.

Cadangan itu dibantah oleh para pemimpin Kristian kerana ia membolehkan kerajaan menuntut tanah yang dijual oleh Kerajaan kepada organisasi swasta dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan juga akan menghapuskan pengecualian cukai dari harta milik Gereja yang tidak mengandungi rumah ibadat, seperti sekolah, hospital, dan pusat perlindunga.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dari Israel campur tangan dalam pertikaian tersebut dan bekerja sama dengan Datuk Bandar Yerusalem, Nir Barkat, untuk “merumuskan sebuah penyelesaian berkaitan cukai perbandaran pada bangunan- bangunan milik gerejagereja yang bukan rumah ibadat,” demikian laporan dari akhbar Washington Post.

Di samping itu, perbincangan mengenai rang undangundang tanah telah ditangguhkan, dan pengarangnya mengatakan ia akan diberi penerangan untuk menjelaskan pengecualian cukai Gereja.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 27 Februari, para pemimpin agama mengungkapkan rasa syukur kepada Tuhan di atas kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini oleh Perdana Menteri Netanyahy dan memberikan ucapan terima kasih kepada semua orang yang telah bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk menegakkan kehadiran Kristian di Yerusalem dan mempertahankan Status Quo.

Selepas intervensi membina daripada Perdana Menteri, para penganut Kristian teruja untuk bekerjasama dengan Menteri Hanegbi, dan dengan semua orang yang menyayangi Yerusalem demi memastikan Kota Kudus itu, di mana penganut Kristian terus menghadapi cabaran, tetap menjadi tempat di mana tiga monoteistik agama boleh hidup dan berkembang bersama,” kata kenyataan itu.

Para pemimpin mengumumkan bahawa gereja — tapak kudus yang dipercayai adalah lokasi penyaliban, pengebumian dan kebangkitan Kristus — secara rasminya telah dibuka semula pada 28 Februari.--CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments