Godaan halus dalam hal meninggikan Kristus

Selalunya ketika mendengar seseorang menyanyi secara langsung atau di televisyen, saya memejamkan mata untuk cuba mendengar lagu tersebut agar persembahan penyanyi itu tidak mencacatkan lagu tersebut.

Jun 05, 2021

Selalunya ketika mendengar seseorang menyanyi secara langsung atau di televisyen, saya memejamkan mata untuk cuba  mendengar lagu tersebut agar persembahan penyanyi itu tidak mencacatkan lagu tersebut. Sebuah lagu boleh hilang dalam  persembahannya; sesungguhnya, persembahan yang memukau dapat mengalihkan perhatian sehingga lagu itu tenggelam oleh  si penyanyi. 

Ketika ada yang membuat  persembahan secara langsung,  baik di pentas, di kelas, di podium, atau di mimbar, akan selalu  ada gabungan tiga perkara.  Penyampai akan berusaha menarik perhatian orang lain dengan  bakatnya; dia akan berusaha  menyampaikan mesej; dan  (secara sedar atau tidak sedar) dia  akan berusaha menyalurkan sesuatu yang benar, baik, dan indah  demi kepentingannya sendiri.  Secara kiasan, dia akan membuatkan dirinya nampak bagus, menjalin cinta dengan penonton, dan  bercinta dengan lagu tersebut.

Ini adalah komponen ketiga, mencintai lagu, yang menghasilkan seni yang hebat, retorik yang  hebat, pengajaran yang hebat, dan  khutbah yang hebat. 

Kehebatan dapat dibezakan  sama ada kehebatan daripada  "lagu" atau daripada penyanyi,  kehebatan juga dapat dibezakan  melalui mesej atau si penyampai  pesan, dan berbezaan empati pelakon daripada egonya.  Penonton mungkin lebih tertarik  pada lagu dan bukannya kepada  penyanyi.

Penyanyi yang baik menarik minat orang kepada muzik bukan  diri mereka sendiri; guru yang  baik membawa pelajar ke arah  kebenaran dan pembelajaran bukan menarik perhatian pelajar  kepada mereka; seniman yang  baik menarik orang kepada keindahan dan bukannya puji-pujian,  dan pengkhutbah yang baik menarik umat mereka kepada Tuhan  bukan kepada diri mereka sendiri.

Diakui, ini tidak mudah dilakukan. Kita semua manusia, begitu  juga audiense kita. Tidak ada  audiense yang akan menghormati  anda melainkan anda menunjukkan bakat, kreativiti, dan kecerdasan. Sentiasa ada tekanan yang  tidak dapat diucapkan terhadap penyanyi, penceramah, guru, dan  pengkhutbah, baik dari dalam  mahupun luaran. 

Dari dalam diri kita: Saya tidak  mahu mengecewakan! Saya tidak mahu kelihatan buruk! Saya perlu  menonjol! Saya perlu menunjukkan kepada mereka sesuatu yang  istimewa! 

Dari penonton: Apa yang anda  ada! Tunjukkan sesuatu kepada  kami! Adakah anda layak  mendapat perhatian saya? Adakah  anda bijak? Adakah anda membosankan? 

Hanya orang yang paling dewasa sahaja yang bebas dari tekanan-tekanan ini.

Oleh itu, lagu itu mudah tersesat apabila dinyanyikan oleh  penyanyi, pesan tidak jelas pada  penyampai utusan, pengajaran  tidak sampai pada guru, dan  pesan Tuhan tidak membentuk  keperibadian pengkhutbah. 

Sebagai seorang guru, pengkhutbah, dan penulis, saya mengakui perjuangan saya sendiri  tentang ini. 

Semasa mula mengajar, anda  mahu memberi anggapan baik  tentang diri anda di kalangan para  murid atau anda tidak mendapat  akan mendapat perhatian anda. 

Sama juga dengan semasa  mewartakan. Umat akan selalu  memerhatikan dan mengkritik  maka lebih baik anda bersedia  daripada tidak ada sesiapa yang  akan mendengarkan anda. 

Lebih-lebih lagi, melainkan  jika anda mempunyai citra diri  yang sangat kuat, anda akan menjadi tahanan kekal dalam rasa  tidak selamat anda sendiri. Tidak ada yang mahu kelihatan buruk,  bodoh, tidak berpengetahuan,  atau kelihatan tidak berbakat.  Semua orang mahu kelihatan  baik.

Lebih-lebih lagi, anda masih memiliki ego (dan kekuatannya tidak pernah boleh dipandang  rendah). Ego menginginkan perhatian diarahkan kepada kita dan kagum akan diri sendiri daripada  melihat apa yang benar, baik, dan  indah.

Selalu ada godaan agar si pengkhutbah mengutamakan anggapan orang terhadapnya daripada  menyampaikan mesej melalui  kemurnian dan kebenaran. 

Godaan yang halus, tetapi kuat,  di dalam setiap penyanyi, guru,  penutur, pengkhutbah, atau penulis adalah untuk menarik orang  kepada diri mereka sendiri daripada kebenaran dan keindahan yang mereka cuba salurkan.

Saya bergelut dengan ini setiap  kali mengajar di dalam kelas  yang saya ajar, semasa menulis  artikel atau buku yang saya tulis, dan setiap kali saya memimpin  liturgi. 

Walaupun begitu, saya tidak meminta maaf untuk ini. Ini  adalah perjuangan semula jadi  dalam semua usaha kreatif. Apakah kita berusaha menarik  orang kepada diri kita sendiri,  atau kita berusaha menarik mereka kepada kebenaran, keindahan, kepada Tuhan?

Semasa saya mengajar kelas,  berapa banyak persiapan dan  tenaga saya didorong oleh keprihatinan yang tulus bagi para pelajar dan berapa banyak yang didorong oleh keperluan saya untuk  kelihatan baik,agar mengesankan, mempunyai reputasi sebagai  guru yang baik?

Semasa saya  menulis artikel atau buku, adakah  saya benar-benar berusaha membawa orang lain untuk memahami  dan mendorong mereka untuk  berfikir atay adakah saya lebih  memikirkan status saya sebagai  penulis?

Semasa saya memimpin Misa  dan berkhutbah, apakah motivasi  saya yang sebenarnya adalah  untuk menyalurkan ritual suci  dengan tanpa menyerlahkan  keperibadian saya? Adakah ia  dapat memimpin umat ke dalam  komuniti satu sama lain dan merendahkan diri saya agar Kristus  dapat ditinggikan? 

Tidak ada jawapan mudah  untuk soalan-soalan itu kerana  tidak mungkin ada. Motivasi kita  selalu kurang murni. Lebih-lebih  lagi, kita tidak dimaksudkan  untuk menjadi robot tanpa  keperibadian. 

Keperibadian dan bakat kita  yang unik diberikan oleh Tuhan  tepat sebagai hadiah untuk digunakan untuk orang lain. Masih  ada tanda amaran yang jelas.

Apabila tumpuan penonton  lebih kepada keperibadian kita  daripada pada lagu, kita mungkin  lebih mencintai diri sendiri dan  lebih mencintai peminat kita daripada lagu. —Hakcipta  Terpelihara 1999-2021@ Fr Ron  Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments