Guna perayaan tradisi galak dialog, perdamaian

Selepas sebuah kapela dirasmikan di Kg Bobotong, Telupid, sebuah lagi rumah ibadat, Kapela St Emanuel, diberkati serta dirasmikan oleh Paderi Paroki St Martin, Fr Jasery Gabuk.

May 22, 2014

TELUPID: Selepas sebuah kapela dirasmikan di Kg Bobotong, Telupid, sebuah lagi rumah ibadat, Kapela St Emanuel, diberkati serta dirasmikan oleh Paderi Paroki St Martin, Fr Jasery Gabuk.

Kapela St. Emmanuel, Kg Liningkung, 20 kilometer dari pekan Telupid dikunjungi oleh Fr Jasery pada Mei 11 lalu.

Lebih kurang 500 umat termasuk masyarakat kampung hadir menyaksikan perayaan berkembar ini yang dirayakan serentak dengan Perayaan Kaamatan Peringkat Paroki.

Bapa Uskup Datuk Julius Dusin Gitom dalam buku cenderakenangan berpesan kepada umat Paroki khususnya di Kapela St. Emmanuel agar sentiasa bersyukur kepada Sang Pencipta, kerana rahmat- Nya, umat sentiasa hidup dalam keberkatan.

Menurut Bapa Uskup, selain memperlihatkan iman, juga menjadi satu kebanggaan kerana hasil kerjasama yang kukuh sehingga terbinanya sebuah kapela yang lebih selesa.

Dalam perutusannya sempena Pesta Kaamatan, Uskup Julius mengatakan, Kaamatan mengandungi elemen nilainilai murni yang menggalakkan dialog iaitu hubungan persaudaraan, mengeratkan perpaduan dan kedamaian semua kaum yang harus dipromosikan dan dipertahankan.

Keseluruhan perbelanjaan untuk membangunkan kapela berukuran 32’ x 40’ dibiayai sepenuhnya oleh dermawan Datuk Victor Paul dan batu pasir pula didermakan oleh Syarikat Optimism Telupid. Datuk Victor diwakili oleh Encik Nico Oancea.

Fr. Jasery yang mewakili Bapa Uskup dalam pemberkatan dan perasmian berpesan supaya budaya mengasihi, berkomunikasi dan bekerjasama harus dipupuk sebagai budaya umat Katolik. Beliau kemudiannya menyeru umat di Kapela St. Emmanuel supaya menjaga fizikal bangunan selain meningkatkan kehadiran setiap ibadah yang akan menguatkan keimanan mereka. -- Lawrence, SOCCOM Telupid

Total Comments:0

Name
Email
Comments