Hargai air, mengabaikannya meningkatkan risiko kesihatan

Hampir 3 per 4 daripada permukaan bumi adalah kawasan berair. Begitu juga dengan tubuh manusia, 70% daripada komposisi tubuh manusia adalah air. Tanpa air aktiviti dalam kehidupan manusia akan terjejas.

Mar 27, 2021

Hampir 3 per 4 daripada permukaan bumi adalah kawasan berair. Begitu juga dengan tubuh manusia, 70% daripada komposisi tubuh manusia adalah air. Tanpa air aktiviti dalam kehidupan manusia akan terjejas.

Manusia yang merupakan pengguna utama sumber alam harus mempunyai kesedaran yang tinggi untuk memastikan bahawa generasi akan datang terus menikmati alam sekitar yang bersih dan selamat.

Hari Air Sedunia disambut pada 22 Mac 2021 dengan bertemakan ‘Menghargai Air’. Hari Air Sedunia disambut untuk menghargai sumber air dan meningkatkan kesedaran krisis air antarabangsa serta salah satu fokus utama dalam menyokong pencapaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu Matlamat Pembangunan Lestari 6 : Air dan sanitasi untuk semua menjelang tahun 2030.

Tema ‘Menghargai Air’ bukan sekadar terletak pada harga semata-mata. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,  air mempunyai nilai yang sangat besar dan kompleks merangkumi kehidupan seharian.

Selain itu, tema pada tahun ini berkisarkan mengenai erti air kepada manu sia, kehidupan dan bagaimana cara untuk melindungi sumber yang penting ini.

Air ialah sumber kehidupan yang merangkumi isi rumah, makanan, budaya, kesihatan, pendidikan, ekonomi, dan perseki taran semula jadi.

Pengabaian salah satu daripada nilainilai ini akan meningkatkan risiko dalam salah urus sumber air. Malaysia adalah salah satu negara yang kaya dengan sumber air. Purata jumlah taburan hujan di Malaysia adalah 80% setahun iaitu antara 2000mm hingga 2500mm. Jika dilihat, Malaysia tidak berpotensi untuk mengalami masalah kekurangan air. Bagaimanapun, hal ini berkemungkinan akan berlaku ekoran masalah pencemaran alam sekitar, kemusnahan kawasan tadahan air, pencemaran sungai, dan kemarau. 

Selain itu, permintaan sumber air kian meningkat seiring dengan pertambahan populasi penduduk, pembangunan, dan sektor ekonomi.

Marilah kita bersama-sama menjaga kelestarian sumber air kita. Jangan kerana di negara kita mudah mendapatkan air, maka kita mengabaikannya. Belum terlambat untuk memupuk sikap menghargai air di dalam keluarga kita sendiri.

Total Comments:0

Name
Email
Comments