Hari Datuk, Nenek Sedunia: Vatikan beri indulgensi pleno kepada pelawat warga tua

Vatikan telah memberikan indulgensi pleno kepada sesiapa sahaja yang melawat orang tua yang sakit, kesepian atau kurang upaya pada perayaan tahunan Datuk, Nenek dan Orang Tua Sedunia kali keempat pada hari Minggu ini, Julai 28.

Jul 26, 2024


TAKHTA SUCI:
Vatikan telah memberikan indulgensi pleno kepada sesiapa sahaja yang melawat orang tua yang sakit, kesepian atau kurang upaya pada perayaan tahunan Datuk, Nenek dan Orang Tua Sedunia kali keempat pada hari Minggu ini, Julai 28.

Mereka yang bergelar datuk dan nenek atau warga emas juga boleh menerima indulgensi pleno, serta sesiapa sahaja yang mengambil bahagian dalam aktiviti keagamaan yang berkaitan dengan perayaan itu, asalkan syarat-syarat biasa dipenuhi.

Syarat-syarat biasa untuk mendapatkan indulgensi pleno adalah: pelepasan dari segala dosa, dengan melakukan Sakramen Pengakuan, menerima Komuni Kudus serta berdoa untuk intensi Sri Paus.

Indulgensi ialah penghapusan hukuman sementara di hadapan Tuhan akibat dari dosa-dosa yang kesalahannya sudah diampuni. Umat Kristian boleh mendapatkan indulgensi ini bagi dirinya sendiri atau bagi orang-orang yang sudah meninggal dengan syarat-syarat tertentu.

Kardinal Angelo De Donatis, ketua Penjara Apostolik, menghantar dekri ini pada Julai 18, yang memberikan indulgensi pleno. Pesan Sri Paus sempena Hari Datuk, Nenek dan Warga Tua kali keempat boleh dibaca di mukasurat 7. — CNA

Total Comments:0

Name
Email
Comments