Hari Keluarga OLL pupuk perpaduan

Gereja Our Lady of Lourdes (OLL) telah merayakan Hari Keluarga dengan tema “Datang Bersama sebagai Satu Keluarga, Satu Gereja”. Perayaan ini dimulakan dengan Misa yang dikendalikan oleh Ministri Junior Prayer.

Dec 06, 2024


KLANG:
Gereja Our Lady of Lourdes (OLL) telah merayakan Hari Keluarga dengan tema “Datang Bersama sebagai Satu Keluarga, Satu Gereja”. Perayaan ini dimulakan dengan Misa yang dikendalikan oleh Ministri Junior Prayer.

Fr Selva merupakan selebran utama dalam perayaan Ekaristi. Semasa Misa, keluarga yang datang dari pelbagai latar belakang etnik dengan memakai pakaian tradisional mereka telah mengambil bahagian dalam perarakan masuk.

Hari Keluarga dilancarkan secara rasmi oleh paderi paroki OLL, Fr. Gregory Chan dan penolongnya Fr Selva.

Objekif utama Hari Keluarga ialah untuk memupuk kesatuan dalam keluarga, membina hubungan yang kukuh dalam kalangan KED dan umat.

Acara yang dianjurkan oleh Pelayanan Hidup Keluarga dengan kerjasama PPC, PCC dan BECCOT.

Komuniti Kerasulan Umat Berbahasa Malaysia telah memenangi pertandingan Perhiasan Gerai Terbaik..

Pengunjung juga dapat melakukan saringan kesihatan dan vaksinasi HPV percuma untuk umat berusia 13 tahun hingga 26 tahun. Menarik sekali apabila Fr Greg dan Fr Selva membuka kiosk menjual buah-buahan.

Pengunjung juga dihiburkan dengan pelbagai persembahan oleh penghibur perseorangan dan juga berkumpulan.

Selain itu, terdapat aktiviti lain termasuklah permainan, tele-perlawanan, tarik tali, lukisan muka dan gerai foto.

Perayaan ini diakhiri dan ditutup dengan Misa yang dipimpin oleh Fr Gregory.

Total Comments:0

Name
Email
Comments