Hari Minggu Sabda Tuhan 2023: Firman Tuhan menggerakkan Gereja dengan cara sinodal

Komisi Biblika Serantau, ingin mengucapkan salam dan menyampaikan mesej kepada anda pada Hari Minggu Sabda Tuhan (HMSA) ini yang diisytiharkan oleh Bapa Suci tiga tahun lalu dengan satu-satunya tujuan untuk menetapkan “satu hari Minggu yang yang dikhususkan sepenuhnya kepada firman Tuhan, untuk menghargai kekayaan yang tidak terhingga yang terkandung dalam dialog berterusan antara Tuhan dan umat-Nya”.

Jan 20, 2023

Saudara dan saudari yang dikasihi dalam Kristus,

Komisi Biblika Serantau, ingin mengucapkan salam dan menyampaikan mesej kepada anda pada Hari Minggu Sabda Tuhan (HMSA) ini yang diisytiharkan oleh Bapa Suci tiga tahun lalu dengan satu-satunya tujuan untuk menetapkan “satu hari Minggu yang yang dikhususkan sepenuhnya kepada firman Tuhan, untuk menghargai kekayaan yang tidak terhingga yang terkandung dalam dialog berterusan antara Tuhan dan umat-Nya”.

Sementara itu, Paus, yang menyedari masalah yang melanda Gereja hari ini, telah melancarkan suatu proses selama dua tahun untuk kembali ke cara lazim yang diambil oleh Gereja awal, yang dikenali sebagai ‘Sinodaliti’ yang bermaksud ‘berjalan bersama.

Walaupun masalah salah guna, ketidakpuasan hati, perbezaan pendapat dan ketidakterlibatan ramai orang beriman berleluasa dalam Gereja, proses ‘berjalan bersama’ ini bertujuan untuk menyedarkan seluruh Gereja sebagai Umat Tuhan kepada masa depan yang cerah dengan harapan dan sukacita.

Alkitab menceritakan secara berterusan perjalanan umat Tuhan ini: dari orang Aram yang mengembara dan berhijrah ke Mesir (Ulangan 26:5-10), ke Keluaran, kepada murid-murid di Emaus (Lukas 24:13f) , sehingga jangkauan misionaris di dunia Mediterranean dan Asia Kecil. Gereja yang baru lahir, yang penganutnya bahkan dipanggil “pengikut Jalan” (KPR 9:2), menyedari pengalaman komunal ini terutamanya dalam membuat keputusan pen-ting bagi orang bukan Yahudi yang menganuti agama mereka di Sidang Yerusalem (KPR 15).

Perjalanan bersama ini, dalam mendengar pengalaman hidup para murid, khususnya Petrus dan Paulus, membantu dalam mencapai penyelesaian bagi seluruh Gereja.

Oleh itu, sinodaliti memerlukan budaya mendengar dan berdialog.

Mendengar satu sama lain dan Firman Tuhanlah yang membantu Umat Tuhan untuk menilai dengan bijaksana apa yang dikatakan Roh kepada Jemaah.

“Roh, menurut janji Tuhan, tidak membatasi dirinya untuk mengesahkan kesinambungan Injil Yesus, tetapi akan menerangi kedalaman Wahyu-Nya yang sentiasa diperbaharui dan mengilhami keputusan yang diperlukan untuk mengekalkan perjalanan Gereja” (Dokumen Persediaan Sinode 16) .

Proses ini akhirnya akan menarik kita ke arah perubahan dalam komuni, penyertaan dan misi.

Oleh itu, sebagai langkah pertama, saya menggalakkan setiap orang supaya menyediakan bacaan sebelum misa untuk penyertaan yang layak dan bermanfaat dalam Ekaristi di mana Firman Tuhan dibacakan dan dikongsi dalam homili semasa perayaan komuniti.

Berusahalah untuk menyertai dan mengambil bahagian dalam kelompok perkongsian Alkitab yang membantu untuk melihat Firman Tuhan sebagai pedang Roh yang menembusi pemikiran dan emosi dan membawa perubahan hati dan minda komuniti. Semoga Hari Minggu Sabda Tuhan ini menggerakkan Gereja ke hadapan dengan cara sinodal “untuk menanam impian, membangkitkan nubuat dan visi, membenarkan harapan berkembang, mengilhami kepercayaan, mengikat luka dan menjalin hubungan, dan membangkitkan fajar harapan…” ( PD 32)

Rt Rev Bishop Richard Ng
Presiden Komisi Biblika Serantau
Konferensi Para Uskup Malaysia,
Singapura dan Brunei

Total Comments:0

Name
Email
Comments