Harmony Walk tarik 5,000 peserta pelbagai kaum

Orang ramai yang berbilang kaum dan usia berhimpun pada awal pagi Jun 29, untuk menjayakan Sarawak Harmony Walk 2024.

Jul 13, 2024


KUCHING: Orang ramai yang berbilang kaum dan usia berhimpun pada awal pagi Jun 29, untuk menjayakan Sarawak Harmony Walk 2024.

Berlangsung di sekitar Padang Merdeka, para peserta menyaksikan Yang Di-Pertua Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengibarkan bendera sekitar jam 7.00 pagi.

Kemudian Wan Junaidi dan isterinya, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, menyertai 5,000 peserta dalam Harmony Walk.

Dengan tema, ‘Unity Is Our Calling’, perjalanan 2.4 kilometer itu dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR).

Turut serta ialah pelbagai institusi dan pertubuhan agama seperti Persatuan Gereja-gereja cawangan Sarawak, Persatuan Buddha Malaysia, Persatuan Sikh, Sarawak Bahá’í Spiritual Assembly, the Federation of Chinese Associations Sarawak dan Pusat Maklumat Islam Sarawak. — New Sarawak Tribune, TVS

Total Comments:0

Name
Email
Comments