Identiti Katolik dan asal usul jangan dilupakan walau di mana pun kita berada

Pada hari Ahad, Mei 23, buat julung-julung kalinya komuniti Sabah dan Sarawak dari St. Joseph Juru telah mengadakan Misa Kudus sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, di Gereja Holy Name of Mary.

Jun 02, 2023

Fr Louis tidak ketinggalan mencuba salah satu aktiviti tradisional iaitu “menyumpit”.


PERMATANG TINGGI, Pulau Pinang: Pada hari Ahad, Mei 23, buat julung-julung kalinya komuniti Sabah dan Sarawak dari St. Joseph Juru telah mengadakan Misa Kudus sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, di Gereja Holy Name of Mary.

Misa ini telah dipimpin oleh Paderi Paroki iaitu Fr Louis Loi dalam Bahasa Malaysia.

Misa Kudus dan Pesta Kaamatan yang dirayakan pada Hari Minggu Paskah keenam itu telah menjadi pengalaman baru kepada semua umat yang menyertai perayaan Ekaristi pada hari tersebut.

Dalam homili, Fr Louis Loi menekankan bahawa di mana pun kita berada, kita harus memelihara tradisi kita agar generasi batu tidak akan melupakannya.

Selain daripada itu, pelbagai acara telah kami adakan seperti tarian Sumazau, menyumpit dan cabutan bertuah. Komuniti Sabah dan Sarawak juga telah menyediakan pelbagai makanan tradisional dan moden.

Pesta Kaamatan diakhiri dengan doa penutup yang dipimpin oleh Fr Louis.

Total Comments:0

Name
Email
Comments