Indahnya perkahwinan: Intensi Sri Paus untuk bulan Jun

Sri Paus mengakui bahawa perkahwinan adalah “perjalanan ang ada kalanya rumit. Tetapi berkahwin dan hidup bersama adalah sesuatu yang indah.

Jun 05, 2021

VATIKAN: "Benarkah, apa yang dikatakan oleh sebahagian orang, bahawa orang  muda tidak mahu berkahwin, apatah lagi  pada masa yang sukar ini?” itulah pertanyaan Sri Paus Fransiskus pada awal video  tentang intensi doanya untuk bulan Jun  2021. 

Sri Paus mengakui bahawa perkahwinan  adalah “perjalanan ang ada kalanya rumit.  Tetapi berkahwin dan hidup bersama adalah sesuatu yang indah. Dalam perjalanan  seumur hidup ini, suami dan isteri tidak  sendirian, Yesus menyertai mereka.”

Bapa Suci menyatakan pentingnya  Sakramen Perkahwinan, dan peranannya  dalam kehidupan Gereja. Perkahwinan  bukan hanya tindakan ‘sosial namun ia  adalah panggilan yang lahir dari hati,  keputusan sedar diiringi persiapan khusus. 

Katanya, “Tuhan punya impian untuk  kita, iaitu cinta.”

Bapa Suci kemudiannya  mengajak umat Katolik untuk berdoa bagi  orang muda yang mempersiapkan perkahwinan dengan sokongan umat Kristian.

“Semoga mereka tumbuh dalam cinta,  dengan kemurahan hati, kesetiaan dan kesabaran,” doa Sri Paus. 

“Kerana banyak kesabaran diperlukan  untuk mencintai.” — media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments