Inisiatif ABMA dalam membina daya tahan rohani
Archdiocesan Bahasa Malaysia Apostolate (ABMA) telah menganjurkan program “Pengalaman Kerohanian Komuniti untuk Komuniti Umat Berbahasa Malaysia”(KUBM) di Gereja Kerahiman Ilahi, Shah Alam pada Januari 25 lalu.
Feb 14, 2025

Elena Woo
Archdiocesan Bahasa Malaysia Apostolate (ABMA) telah menganjurkan program “Pengalaman Kerohanian Komuniti untuk Komuniti Umat Berbahasa Malaysia”(KUBM) di Gereja Kerahiman Ilahi, Shah Alam pada Januari 25 lalu.
Program ini bertujuan untuk memperkukuh iman serta membina hubungan erat dalam kalangan ahli komuniti dan mempunyai tiga objektif utama:
• Mengenal pelan dan misi Tuhan —Memberi pemahaman tentang rancangan Tuhan dalam kehidupan kita.
• Mengiktiraf cabaran dalam membina Komuniti — Menyedari wujudnya cabaran dalam membangunkan komuniti rohani. • Membangunkan rancangan Tuhan untuk Komuniti — Merancang langkah-langkah hidup selaras dengan kehendak Tuhan.
Formasi ini dimulakan dengan pengenalan ABMA oleh Sdra Egbert Adolf yang visi ABMA, “Bersama menghidupi dan mewartakan iman Kristiani berpusatkan Tritunggal Mahakudus” dan misi ABMA,“pelayanan Komuniti Umat berBahasa Malaysia (KUBM) di Keuskupan Agung Kuala Lumpur melalui kolaborasi dan kerja berkumpulan.”
Semasa sesi pertama “Siapakah Saya” yang disampaikan oleh Sdra Agustus Antone, peserta diminta melukis simbol yang menggambarkan diri mereka dan merenungkan makna simbol tersebut.
Sdra Agustus berkongsi simbol pilihannya, iaitu gelas kosong, sebagai lambang dirinya yang mengharapkan diisi dengan berkat Tuhan.
Sdra Spencer Klumai dalam sesi kedua, “Mengenali Kristus dan Kehadiran-Nya” membawa para peserta merenung peranan Yesus Kristus dalam kehidupan mereka, bagaimana mereka menyedari kehadiran-Nya, dan bagaimana Yesus mempengaruhi hidup mereka.
Perkongsian tentang Kristus yang menjadi sumber kekuatanya, Sdri Valeri Nozie dalam sesi “Menyedari Pilihan Tuhan” berkongsi pengalaman peribadinya tentang bagaimana panggilan Tuhan tetap hadir walaupun dalam masa sukar.
“Hidup dalam roh menjadikan kita sumber kehidupan kepada komuniti” kata Sdra Egbert yang mengendalikan sesi “Kerohanian dalam komuniti”, menekankan kepentingan komitmen dalam pelayanan walaupun menghadapi rintangan.
Sdri Elena Woo dalam sesi “Cabaran Perjalanan Kita” pula memberi semangat kepada para peserta bahawa cabaran boleh diatasi kerana Tuhan memahami kekuatan dan kelemahan kita.
Rekoleksi itu juga diisi dengan sesi “Peneguhan” apabila setiap peserta memberi peneguhan dengan menyampaikan dua kualiti positif untuk setiap ahli kumpulan mereka.
Total Comments:0