Injil tidak pernah mengecewakan!

“Injil adalah kata-kata sukacita, memanggil kita untuk saling menerima dan bersatu dalam perjalanan ziarah kita menuju ke Kerajaan Tuhan,” kata Sri Paus Fransiskus semasa merayakan Misa Kudus sempena Hari Minggu Sabda Tuhan di Basilika Sto Petrus pada Januari 26, ketika Vatikan menganjurkan Jubli untuk Komunikasi Sedunia.

Feb 07, 2025

Sri Paus Fransiskus mengatakan bahawa misi orang Kristian ialah untuk mewartakan Injil pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Gambar menunjukkan Bapa Suci meluangkan masa dengan para pesakit kanser kanak-kanak. (Media Vatikan)


TAKHTA SUCI:
“Injil adalah kata-kata sukacita, memanggil kita untuk saling menerima dan bersatu dalam perjalanan ziarah kita menuju ke Kerajaan Tuhan,” kata Sri Paus Fransiskus semasa merayakan Misa Kudus sempena Hari Minggu Sabda Tuhan di Basilika Sto Petrus pada Januari 26, ketika Vatikan menganjurkan Jubli untuk Komunikasi Sedunia.

Tema untuk Hari Minggu Sabda Tuhan tahun ini ialah “Aku Berharap dalam Firman-Mu.”

Dalam Misa itu juga, Bapa Suci mengutus 40 orang Lektor awam.
Semasa menyampaikan homilinya, Sri Paus mengambil petikan Injil daripada Lukas, di mana Yesus membaca Kitab Suci di sinagoga di Nazaret.

Bapa Suci mengatakan bahawa Hari Minggu Sabda Tuhan bertepatan dengan Jubli untuk Komunikasi yang merupakan program pertama Tahun Jubli Harapan 2025.

“Yesus adalah Firman yang hidup di mana semua Kitab Suci digenapi. Pada hari ini liturgi suci sempena Hari Minggu Sabda Tuhan, dipenuhi dengan kekaguman, membuka hati dan fikiran kita untuk mendengar suara-Nya.”

Sri Paus berkata dengar mendengar dan memahami Kitab Suci sahaja tidak mencukupi. Sebaliknya, Firman Tuhan mesti membawa kita untuk mengalami “kehairanan” atau kekaguman supaya ia boleh memasuki hati kita dan memperbaharui kita.

Injil kata-kata belas kasihan
Bapa Suci Fransiskus seterusnya merenungkan lima tindakan yang mencirikan misi Kristus, yang katanya unik dan universal.

Yesus, katanya, diurapi untuk “membawa berita baik kepada orang miskin,” iaitu be-rita bahawa Kerajaan Tuhan sudah dekat.

Tuhan melawat umat-Nya, tambah Paus, dan membawa “perkataan belas kasihan” Injil yang menggesa kita untuk mengamalkan amal dan mengampuni hutang orang lain.

Kedua, Yesus datang untuk “mengisytiharkan pembebasan kepada tawanan,” yang dibebaskan oleh kuasa penebusan keselamatan Kristus.

Sri Paus memanggil elemen Injil ini sebagai “kata-kata belas kasihan,” yang memanggil kita untuk menjadi “saksi keamanan, perpaduan, dan perdamaian yang bersemangat.

Ketiga, Yesus membawa “pemulihan penglihatan kepada orang buta,” membuka hati kita yang sering dibutakan oleh daya tarikan kuasa dan kesombongan.

“Injil adalah firman cahaya, yang memberi isyarat kepada kebenaran dan memanggil kita untuk memberi kesaksian kepada iman kita dan konsisten dalam amalannya,” katanya.

Keempat, misi Yesus akan “membebaskan orang yang tertindas,” kerana Mesias menjadikan kita semua saudara dan saudari dan memecahkan semua bentuk perhambaan.

Injil, kata Sri Paus, adalah “perkataan kebebasan,” yang menjemput setiap daripada kita kepada penukaran, integriti, dan ketabahan.

Kelima, Yesus datang untuk “mengisytiharkan tahun rahmat Tuhan,” yang sepadan dengan Jubli dan tawaran Tuhan untuk menjana semula hidup kita dalam harapan.

Misi orang Kristian ialah untuk menginjil pada setiap masa
Sri Paus Fransiskus berkata lima tindakan Kristus ini menggenapi nubuat Yesaya, yang dibaca Yesus di rumah ibadat di Nazaret.

Walau bagaimanapun, keselamatan Kristus masih belum direalisasikan sepenuhnya, seperti yang kita lihat dalam banyak peperangan dan penderitaan yang ada di dunia kita.

“Namun,” kata Sri Paus, “peperangan, ketidakadilan, kesakitan dan kematian tidak akan mempunyai kata muktamad ke atas orang-orang di bumi dan sejarah kita: ke-rana Injil adalah perkataan yang hidup dan pasti yang tidak pernah mengecewakan.”

Pada akhir homilinya, Sri Paus menjemput orang Kristian untuk berterima kasih kepada Tuhan kerana menghantar Firman-Nya, yang menjadi daging demi keselamatan dunia.

“Tuhan tidak bercakap kepada kita sebagai pendengar senyap, tetapi sebagai saksi-saksi-Nya. Kita dipanggil untuk menginjil pada setiap masa dan di setiap tempat,” katanya.

“Marilah kita komited untuk membawa berita baik kepada orang miskin, mengisytiharkan pembebasan kepada tawanan dan pemulihan penglihatan kepada orang buta, membiarkan orang yang tertindas bebas dan mengumumkan tahun rahmat Tuhan,” kata Sri Paus Fransiskus. --Media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments