Istilah haram, halal dalam agama Katolik

Meskipun dalam Gereja Katolik kata haram dan halal jarang terdengar, masya-rakat secara umum peduli akan istilah tersebut, apatah lagi semakin hari semakin banyak restoran yang memasang logo “halal” yang terpasang.

May 19, 2023

Mengapa dalam ajaran agama Katolik tidak ada larangan atau aturan haram dan halal? — Mahu tahu

Jawaban: Meskipun dalam Gereja Katolik kata haram dan halal jarang terdengar, masya-rakat secara umum peduli akan istilah tersebut, apatah lagi semakin hari semakin banyak restoran yang memasang logo “halal” yang terpasang.

Tetapi “mengapa Gereja Katolik kelihatan tidak terlalu memperhatikan hal tersebut?”

Kalau ditelisuri dari dalam Kitab Suci, budaya “halal” dan “haram” itu memang ada, terutama dalam Perjanjian Lama.

Contoh yang paling sederhana adalah dalam Kitab Makabe. Dikisahkan bahawa Eleazar seorang ahli Taurat dipaksa untuk makan daging babi sehingga dia memuntahkan kembali kerana “mengutamakan kematian terhormat dari pada hidup ternista” (2 Mak. 6:19).

Selain itu dikisahkan pula dalam Kitab Makabe bahawa ada tujuh orang bersaudara ditangkap dan diseksa untuk makan daging haram (Bdk. 2 Mak 7).

Bahkan jikalau kita kembali Kitab Imamat, terdapar senarai makanan haram dan halal yang diseru oleh Tuhan sendiri kepada Musa: “Katakanlah kepada orang Israel, begini: Inilah binatang-binatang yang boleh kamu makan dari segala binatang berkaki empat yang ada di atas bumi…” (Im. 11:2).

Namun, jikalau kita meneliti dengan mendalam akan ajaran larangan tentang makanan halal dan haram pada waktu itu, kita akan tahu bahwa sesungguhnya ajaran ini muncul kerana Tuhan ingin menegaskan tentang siapa bangsa Israel, iaitu bangsa pilihan Tuhan yang kudus dan berbeza dengan bangsa lain.

Inilah mengapa pada Kitab Ulangan, sebelum memberikan perintah tentang larangan tersebut, Tuhan berfirman: “sebab engkaulah umat yang kudus bagi Tuhan, Tuhanmu, dan engkau dipilih Tuhan untuk menjadi umat kesayangan-Nya dari antara segala bangsa yang di atas muka bumi” (Ul. 14:2).

Meskipun Perjanjian Lama menyebut tentang halal dan haram, tetapi perbincangan halal dan haram dalam Gereja Katolik tidak terdengar atau bahkan tidak ada.

Hal tersebut terjadi kerana sejak zaman para rasul, Gereja Katolik berpegang pada ajaran Yesus Kristus sendiri.

Dikatakan bahawa Tuhan Yesus mengritik orang Farisi yang menuduh bahawa para murid tidak peduli tradisi dan menyebut najis ketika makan tanpa membasuh tangan terlebih dahulu: “Tidak tahukah kamu bahawa segala sesuatu dari luar yang masuk ke dalam seseorang tidak dapat menajiskannya, kerana bukan masuk ke dalam hati tetapi dalam perutnya, lalu dibuang di jamban?” (Mrk. 7: 18-19).

Atas dasar inilah mengapa kemudian bagi orang Katolik hal yang utama dalam kehidupan bukan soal makanan, bukan soal apa yang masuk dalam perut, tetapi bagaimana orang itu mengupayakan hidup dengan bantuan rahmat Tuhan agar menjadi orang beriman yang sejati.

Selain itu, meskipun ada ajaran halal dan haram dalam Perjanjian Lama,
Gereja Katolik mahu menegaskan bahawa iman Katolik lebih memberikan perhatian lebih besar pada tata batin atau hati manusia sebagaimana Tuhan mengatakan: “Apa yang keluar dari seseorang, itulah yang menajiskan- nya, sebab dari dalam, dari hati orang, timbul segala fikiran yang jahat, percabulan, pencurian, pembunuhan, perzinaan, keserakahan, kejahatan, kelicikan, hawa nafsu, iri hati, hujat, kesombongan, kebebalan” (Mrk. 7: 20-22).

Itulah mengapa Gereja mengharapkan umat beriman selalu waspada pada dosa yang timbul dan lahir dari hati manusia dan dapat membuat manusia jauh daripada Tuhan khususnya tujuh dosa dasar iaitu kesombongan, tamak, iri hati, marah, hawa nafsu, rakus, dan malas.

Oleh sebab itu, tak salahlah jika Santo Paulus pun mengatakan: “aku tahu dan yakin dalam Tuhan Yesus, bahawa tidak ada sesuatu yang najis daripada dirinya sendiri. Hanya bagi orang yang beranggapan bahawa sesuatu adalah najis, bagi orang itulah sesuatu itu najis” (Rom. 14:14).

Total Comments:0

Name
Email
Comments