Jadikan Alleluia terus menjadi lagu kita

Bagi kita umat Kristian, Paskah adalah suatu pemberian kepastian bahawa kematian bukanlah akhir hidup kita seutuhnya.

Apr 03, 2021

HARI MINGGU PASKAH
TAHUN B
Kisah Para Rasul 10:34a-37-43 
Kolose 3:1-4  injil Yoh 20:1-18

Bagi kita umat Kristian,  Paskah adalah suatu pemberian kepastian bahawa kematian  bukanlah akhir hidup kita seutuhnya.

Kebangkitan Yesus merupakan  bukti, bahawa Tuhan selalu mendampingi dan memberi kekuatan kepada kita, untuk senantiasa tekun dan teguh, tetap kuat mengalami percubaan hidup.

Paskah memberikan kepada kita suatu jatidiri, identiti murni yang pasti: kita ini diselamatkan, maka sebagai orang beriman kristiani jangan sampai hidup dengan ketakutan dan kehilangan harapan!

Pada Minggu Suci, khususnya semasa Triduum, kita telah mendengar betapa besar perhatian dan pelaksanaan rencana kasih Tuhan untuk menyelamatkan kita.

Kita telah mendengar kesaksian tiga orang wanita (Maria Magdalena, Maria ibu Yakobus, Salome) tentang kebangkitan Yesus. Khususnya kesaksian Maria Magdalena (MM) yang patut kita perhatikan.

Dalam Injil-Injil MM diceriterakan sebagai seorang peremp uan dari Galilea, yang mengikuti Yesus dan murid-murid-Nya.

Dia melayani Yesus dan hadir menyaksikan ketika Yesus disalib dan dimakamkan. Dan dia juga datang ke makam untuk mengurapi jenazah Yesus.

Perlu kita perhatikan, bahawa Yesus hidup dalam masyarakat yang bercorak ‘androsentris’ atau berpusat pada atau dikuasai oleh lelaki.

Pada ketika itu, wanita dianggap sebagai milik bapanya, kemudian apabila berkahwin, menjadi milik suaminya.

Wanita pada zaman itu  tidak mempunyai hak sebagai saksi, tidak boleh belajar Taurat. 

Yesus yang hidup dalam masyarakat itu bertindak tanpa mengurangi martabat wanita yang sama dengan lelaki. Yesus bergaul dengan perempuan, menghormati mereka, bersahabatan dengan mereka. Dalam perjalanan Dia didampingi wanita-wanita.

Dalam Yoh 20:11-18 diceriterakan, bahawa MM sedih dan menangis kerana Yesus tidak ditemui dalam makamnya.  Yesus menyapanya, "Ibu (‘wanita’, ‘perempuan’) mengapa eng kau menangis? Siapakah yang engkau cari?’.

MM menjawab: ‘Tuan, jikalau Tuan yang mengambil Dia, katakanlah kepadaku, di mana Tuan meletakkan Dia, supaya aku dapat mengambil-Nya’ (ay. 15).

Jawaban Yesus:“Maria!”Lalu MM berkata kepada-Nya dalam bahasa Ibrani: “Rabuni!” ertinya ‘Guru’ (ay. 16).

Dalam tutur kata itu terungkaplah hubungan ‘Guru-Murid’ yang akrab antara Yesus dan MM, tetapi juga dengan muridmurid-Nya yang lain yang sangat mendalam.

Dan hubungan erat itu terungkap dalam ucapan Yesus ini: “Pergilah kepada saudara-saudara-Ku dan katakanlah kepada mereka, bahawa sekarang Aku akan pergi kepada Bapa-Ku dan Bapamu, kepada Tuhan-Ku dan Tuhanmu" (ay. 17).

Ternyata cara Tuhan menyampaikan sabda dan kehendak-Nya kepada manusia tidak tergantung dari tata susunan atau tata tertib, yang dibuat dan ditentukan oleh manusia.

Hirarki karya penyelamatan Tuhan memiliki caranya sendiri. 

Kepada MM, seorang perempuan yang dalam masyarakat zaman Yesus mempunyai kedudukan di bawah sesudah lelaki.

Namun Yesus menampakkan diri-Nya sesudah bangkit bukan pertama-tama kepada Petrus dan para Rasul lainnya, tetapi kepada MM.

Kepada MM inilah Yesus memberikan tugas perutusan pewartaan tentang kebangkitanNya. Maka tepat pula bahawa dalam Gereja Perdana MM disebut ‘Apostola Apotolorum’, Rasul Para Rasul. 

Sebab MM adalah perempuan,  pertama yang menyaksikan Yesus yang telah bangkit, dan mewartakan kebangkitan-Nya itu kepada rasul-rasul lain.

Inilah salah satu bahagian isi khabar gembira Paskah, di mana pada masa moden ini, masih  patut untuk diperhatikan: perempuan adalah sama martabatnya di hadapan Tuhan seperti lelaki  Perempuan juga diutus Yesus Kristus untuk mewartakan khabar gembira kepada semua orang.

Namun ini tidak pula bermakna hal pewartaan khabar gembira untuk kaum wanita sahaja. Sebaliknya, tugas pewartaan ini diserahkan kepada semua pengikut atau murid-Nya, - iaitu setiap orang yang sudah dibaptis!

Kebangkitan  Yesus Kristus adalah jaminan kebenaran agama Kristiani. Maka setiap pemeluk agama Kristiani, bila ingin menjaga kesungguhan atau kesejatian sebagai orang Kristian, harus menyedari tanggung jawabnya untuk mewartakan kebangkitan Yesus kepada semua orang! — iman Katolik

Total Comments:0

Name
Email
Comments