Jangan pinggirkan Sto Joseph dalam doa harian kita

Kerja-kerja baik pulih Gereja St Joseph, Sandakan adalah lebih panjang daripada yang dirancang kerana pandemik Covid-19 pada tahun 2020.

Jan 14, 2022


SANDAKAN:
Kerja-kerja baik pulih Gereja St Joseph, Sandakan adalah lebih panjang daripada yang dirancang kerana pandemik Covid-19 pada tahun 2020. Namun begitu, selepas dibaik pulih, transformasi Gereja itu amat menakjubkan. Kejayaan baik pulih Gereja St Joseph yang kini lengkap dengan Dewan Kateketikal, diraikan pada 19 Disember 2021.

Uskup Julius Dusin Gitom memimpin Misa Kudus Dedikasi Altar dan Gereja. Beliau yang juga penaung bagi Projek Bangunan tersebut, dibantu oleh Paderi Paroki, Fr. David A. Garaman dan Fr. Stephen Esguerra.

Gereja St Joseph telah dibina pada tahun 1971 dan telah menjalani pembaikan dan penyelenggaraan kecil selama bertahun-tahun.

Selepas setengah abad, gereja itu sepatutnya diubah suai sepenuhnya. Gereja yang siap dibina mempunyai rupa dan merupakan gereja pertama di Keuskupan Sandakan yang berhawa dingin sepenuhnya.

Pengubahsuaian ini mendapat sokongan dari umat beriman Paroki Katedral St. Mary, komuniti setempat dan di kalangan bukan Katolik.

Ritus Dedikasi Altar dan Gereja dimulakan dengan pembukaan tirai Plak Dedikasi di hadapan Gereja. Semasa Misa, ia diawali dengan memercik air suci yang mengingatkan umat beriman tentang pembaptisan mereka dan simbol pembersihan dinding dan mezbah gereja.

Ini diikuti dengan Litania Para Kudus dan Ritus pengurapan. Uskup Julius mengurapi meja altar dan dinding Gereja dengan minyak krisma. Ini disusuli dengan penyerahan kunci Gereja St. Joseph oleh kontraktor, Encik Ang Chun Hock dari Richfield Properties Sdn Bhd dan Pengerusi Projek Naik Taraf dan Pemulihan Gereja St. Joseph, Encik Isaac Pang.

Dalam homilinya, Uskup Julius menyatakan bahawa upacara dedikasi Altar dan Gereja pad hari itu adalah hari kegembiraan dan kesyukuran. “Kita diingatkan tentang peranan penting St. Joseph, yang dipilih oleh Tuhan sendiri untuk menjadi pelindung Yesus, Anak Tuhan dan Maria, Bonda Tuhan kita.”

Uskup Julius mengatakan umat kerap meletakkan St Joseph di pinggir doa dan sangat jarang kita menyebut St Joseph dalam doa kita.

“Gereja St Joseph menggambarkan ketokohan dan kewiraan St Joseph yang benar-benar dapat melindungi serta menyediakan untuk Keluarga Kudus Nazareth. Kita juga berterima kasih kepada St Joseph kerana dia terus menjadi pelindung umatnya.”

“Dua tahun lalu,” tambah Uskup Julius, “Gereja St. Joseph ialah sebuah bangunan lama yang hampir runtuh. Kini, Gereja baharu ini benar-benar menyerlah. Ia melambangkan imej St Joseph bahawa Tuhan hadir di tengah-tengah kita, di tengah-tengah pelbagai situasi,” ujar Uskup Julius seraya berharap agar umat St Joseph terus tekun beribadat, diilhamkan oleh firman Tuhan dan dikuatkan melalui perayaan-perayaan Sakramen.

Bapa Uskup mengingatkan umat bahawa seperti St Joseph, “Kita juga dicabar untuk kehadiran Tuhan kepada dunia, kepada keluarga kita dan kepada masyarakat kita. Tidak kira halangan yang kita hadapi, misi kita adalah untuk membawa kasih sayang, kedamaian dan harapan Tuhan kepada dunia.

“Dan demi memenuhi misi ini, kita bergantung pada kuasa Tuhan dan Roh Kudus.”

Misa Dedikasi Semula juga disiarkan secara langsung kepada semua umat yang tidak dapat hadir secara fizikal. Adalah diharapkan agar umat Paroki Katedral St. Mary terus membina gereja sebagai komuniti umat beriman dan menyedari misi mereka sebagai garam dan terang dunia. — dioceseofsandakan.org

Total Comments:0

Name
Email
Comments