KAGAPE di Gereja Risen Christ, ajak umat hargai asal usul

Puji Tuhan, selepas dua tahun Pesta Kaamatan, Gawai dan Panen (KAGAPE) berehat akibat penularan virus Covid-19, akhirnya Kerasulan Umat Bahasa Melayu (KUBM) dari Sabah, Sarawak dan Indonesia di Gereja Risen Christ, dapat menganjurkannya semula pada 17 Julai yang lalu.

Aug 05, 2022

Misa Kudus KAGAPE di Gereja Risen Christ, Kuala Lumpur. Gambar: Marvin Yap


KUALA LUMPUR:
Puji Tuhan, selepas dua tahun Pesta Kaamatan, Gawai dan Panen (KAGAPE) berehat akibat penularan virus Covid-19, akhirnya Kerasulan Umat Bahasa Melayu (KUBM) dari Sabah, Sarawak dan Indonesia di Gereja Risen Christ, dapat menganjurkannya semula pada 17 Julai yang lalu.

Di Malaysia Timur, pesta ini telah pun berakhir. Namun kebanyakan Gereja di Keusukupan Agung Kuala Lumpur masih merayakannya sebagai tanda kesyukuran di atas segala berkat dan pertolongan Tuhan.

Gereja Risen Christ mempunyai lebih dari 15 keluarga yang berasal dari Malaysia Timur dan Indonesia.

Pesta KAGAPE dimulakan dengan Misa Kudus di mana perarakan masuk diiringi dengan muzik gong dan tarian tradisional, Sumazau.

Paderi Paroki, Fr Edwin Peter dalam homilinya menekankan betapa pentingnya mengingati asal usul kita walaupun kita telah lama meninggalkan kampung halaman untuk bekerja di Semenanjung ini.

Paderi itu juga mengingatkan ibu bapa untuk meneruskan peranan mereka dalam mengingatkan anak-anak tentang asal usul mereka.
Selepas Perayaan Ekaristi, perarakan keluar diiringi dengan tarian tradisional, Ngajat.

Perayaan ini tidak lengkap tanpa majlis persaudaraan dan hidangan tradisional. Umat KUBM juga mengagih-agihkan makanan tradisional kepada semua umat gereja.

Perayaan ini merupakan salah satu program yang dapat mengajak umat bersatu dan berpartisipatif demi meneruskan misi Gereja menyebarkan Khabar Sukacita kepada semua orang. — Jennifer Sikayun

Total Comments:0

Name
Email
Comments