Kalaulah saya tahu lebih awal...!

Kita semua hidup dengan penyesalan tertentu dan mengalami pengajaran pahit bahawa kalaulah kita lebih prihatin, sabar, berani atau lebih menyayangi pada waktuwaktu tertentu, hidup kita pasti akan berbeza. Kalaulah kita dapat kembali ke masa-masa tertentu di dalam hidup kita, pasti kita akan memperbetulkan kesilapan itu.

May 29, 2014

Kalaulah saya tahu! Kata-kata itu selalunya diucapkan ketika kita berasa kesal yang amat sangat: Kalaulah saya tahu! Kalaulah saya tahu lebih awal! Kalaulah saya lebih berhatihati! Kalaulah saya dapat berjumpa dengan orang itu lagi walaupun hanya lima minit! Kalaulah saya tidak berada di situ! Kalaulah ribut itu tidak berlaku semasa saya di lebuh raya! Kalaulah saya tidak terlalu minum tadi! Kalaulah saya meninggalkan majlis itu sepuluh minit lebih awal! Kalaulah ... !

Kita semua hidup dengan penyesalan tertentu dan mengalami pengajaran pahit bahawa kalaulah kita lebih prihatin, sabar, berani atau lebih menyayangi pada waktuwaktu tertentu, hidup kita pasti akan berbeza. Kalaulah kita dapat kembali ke masa-masa tertentu di dalam hidup kita, pasti kita akan memperbetulkan kesilapan itu.

Baru-baru ini, saya mempunyai pengalaman seperti itu. Ia bukanlah perkara yang sangat besar tetapi ia mencetuskan perasaan kesal sehingga menyatakan ucapan yang selalu kita katakan, “Kalaulah saya ...!”

Beginilah pengalaman saya. Beg bimbit saya (yang mengandungi pasport, Kad Hijau, komputer riba, diari peribadi selama dua tahun dan catatan agenda, pelbagai kertas peribadi dan gambar) telah dicuri ketika saya sedang membeli tiket kereta api bawah tanah di London Underground. Saya seorang yang selalu membuat perjalanan dan amat berwaspada serta menjaga rapi akan beg-beg saya. Ini adalah kerana saya tahu bahawa di tempat awam, hanya beberapa saat kita leka di tempat awam, kita boleh kehilangan dompet atau beg bimbit atau lebih tragik kehilangan seorang anak.

Di dalam kes saya pula, ia terjadi seperti berikut: Ketika saya turun dari kereta api selepas memberikan sesi pada persidangan dan membawa tiga buah beg, saya menuruni eskalator ke Bawah Tanah.

Saya cuba membeli tiket kereta api bawah tanah melalui mesin layan diri tetapi ia tidak berfungsi dengan baik. Pada masa itulah, semasa tumpuan saya terganggu sekejap kerana mesin tersebut, saya terlupa sementara akan beg-beg saya.

Apabila saya tunduk untuk mengambil beg-beg saya, ia telah hilang. Saya tergamam seketika kerana beg-beg itu telah hilang sepantas kilat, lalu saya berlari untuk mendapatkan pengawal keselamatan tetapi hati saya berasa sangat sedih kerana tahu ia sudah terlambat.

Saya tahu saya tidak akan melihat kandungan di dalam beg itu lagi. Ketika saya duduk di balai polis untuk melaporkan kehilangan beg tersebut, saya tidak putus-putus berkata kepada diri sendiri “Kalaulah saya tidak hilang tumpuan! Kalaulah saya menyimpan pasport dan Kad Hijau pada jaket saya! Kalaulah saya dapat kembali sepuluh minit sebelum kejadian itu! Kalaulah saya lebih berhati-hati...!”

Kita semua pernah merasai situasi ini, sama ada ia perkara kecil atau besar! Apa pengajaran yang kita dapat? Apa yang mungkin saya atau sesiapa sahaja — dapat belajar daripada pengalaman tersebut?

Pertama, kita harus belajar untuk menjaga beberapa perkara dalam aspek tertentu. Ada kalanya, kita disebabkan kelalaian, kita membuat kesilapan yang tidak boleh diperbetulkan kembali seperti kehilangan kanak-kanak atau kemalangan serius yang menyebabkan kematian.

Bagi kes saya pula, saya hanya mengalami beberapa kesan peribadi, sedikit wang dan kehilangan dua hari yang bermakna kerana terpaksa berada di Kedutaan untuk mendapatkan kembali pasport dan Kad Hijau saya.

Ia adalah kesulitan yang tidak menyenangkan, ia seperti kesan gigitan nyamuk, tidak menyakitkan tetapi ia menimbulkan perasaan yang amat tidak selesa. Setelah beberapa tahun berlalu, saya pasti peristiwa ini tidak akan diingati. Tetapi pada hari saya kehilangan beg bimbit tersebut, ia adalah masa yang sukar. Pada masa itu, saya mudah hilang fokus terhadap halhal lain.

Pengajaran kedua daripada kejadian- kejadian seperti ini ialah ia mengajar kita untuk bersabar. Sikap tergesa-gesa adalah sia-sia! Ia juga menyebabkan kita cuai dan boleh menyebabkan kemalangan. Inilah yang berlaku kepada saya kerana saya tergesa-gesa.

Saya ingin membeli tiket di kaunter pelanggan, tetapi oleh kerana barisan yang panjang dan harus melakukan perkara lain dengan segera, maka saya tidak sabar untuk terus beratur. Saya cuba “menjimatkan” masa lima minit daripada menanti di dalam barisan tetapi ketidaksabaran saya menyebabkan — antara lain — beratur selama dua hari Kedutaan dan Pejabat Imigresen. Saya berharap, saya dapat mempelajari daripada kejadian tersebut.

Akhirnya, kejadian seperti ini bertujuan untuk mengajar kita untuk memaafkan kemungkinankemungkinan yang tidak disangka berlaku di dalam hidup kita.

Falsafah mendefinisikan “kejadian yang tidak diduga” iaitu tidak seperti Tuhan yang mencukupi dan sempurna, kita hidup dengan batasan serta ketidaksempurnaan. Bagi kita dan setiap kita, pasti akan ada masa-masa yang hilang fokus, lalai, kemalangan, ketidaksabaran yang bodoh, dan melanggar moral. Sebuah kenyataan terkenal daripada seorang ahli falsafah, Leibnitz, “Kita tidak hidup di dunia yang senang diduga.”

Oleh itu, di dalam hidup kita, pasti akan ada pengalaman seperti kehilangan dompet, kecurian beg bimbit, harta pusaka yang diceroboh atau mengalami situasi yang lebih buruk misalnya kehilangan kanak-kanak dan kehilangan orang tersayang. Ada kalanya juga, kita melakukan pelanggaran moral yang pasti akan dikesali. Kita bukannya Tuhan. Kita tidak dapat menjangka apa yang akan terjadi kepada diri kita.

Jadi, apabila seseorang secara tidak sengaja menjatuhkan atau memecahkan pasu mahal anda, jangan bermasam muka atau menyumpah orang itu selama berhari-hari dengan kata-kata kesat, “Mengapa engkau gelabah sangat, mengapa tidak berhati-hati! Sangat teruk perbuatan kamu!”

Tetapi, biarlah Leibnitz berbangga dengan kata-kata anda, “Perkara itu bukan sengaja bukan? Nah, inilah yang dikatakan ada sahaja perkara yang tidak diduga berlaku pada diri kita!” -- Fr Ron Rolheiser, Hakcipta Terpelihara

Total Comments:0

Name
Email
Comments