Kanak-kanak berikrar jaga kesihatan dan alam ciptaan
Dengan matlamat memupuk budaya menjaga bumi di kalangan anak muda, Pelayanan Keadilan Penciptaan (CJM) Keuskupan Agung Kuala Lumpur bekerjasama dengan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Thamboosamy Pillai, Sentul, pada Ogos 23 lalu untuk menanam pokok Eucalyptus.
Sep 15, 2023
KUALA LUMPUR: Dengan matlamat memupuk budaya menjaga bumi di kalangan anak muda, Pelayanan Keadilan Penciptaan (CJM) Keuskupan Agung Kuala Lumpur bekerjasama dengan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Thamboosamy Pillai, Sentul, pada Ogos 23 lalu untuk menanam pokok Eucalyptus.
Sebanyak 30 benih pokok Eucalyptus telah ditanam oleh 40 orang murid Tahun Tiga, Empat dan Lima.
Acara dimulakan dengan para sukarelawan berkumpul untuk berdoa di Gereja St Anthony dan kemudian berkumpul ke sekolah. Aktiviti penanaman pokok itu diadakan sempena ‘Musim Penciptaan’, yang berlangsung dari Sept 1- Okt 4 dan Program Intervensi Obesiti — satu inisiatif yang dijalankan oleh sekolah di bawah Kementerian Kesihatan, untuk menggalakkan kanak-kanak kekal sihat.
Ruang hijau direka bentuk untuk dijadikan ruang interaktif bagi orang ramai berinteraksi dengan alam semula jadi, belajar tentang tumbuh-tumbuhan dan berfungsi sebagai alat bantu pendidikan.
Pembantu Eklesial Pelayanan Keadilan Alam Ciptaan Keuskupan Agung Kuala Lumpur, Fr. Andrew Manickam OFM Cap, dan para sukarelawan, menggalakan murid-murid menanam sendiri pokok dengan teliti, dan menasihati mereka agar kerap melakukan aktiviti luar rumah.
Kebanyakan murid-murid ini baru pertama kali menanam pokok dan mereka pasti mahu melakukannya lagi pada masa hadapan.
Setiap murid diberikan tumbuhan yang perlu disiram, untuk dijaga di rumah agar dan sebagai pemberi galakan kepada kanak-kanak ini untuk menanam pokok dan menjaga ciptaan Tuhan.
Total Comments:0