Kanak-kanak Orang Asli meriahkan kejohanan mini bola sepak
Zaman kanakkanak adalah satu rahmat dan antara fasa kehidupan yang paling menggembirakan. Sambutan Hari Kanak-Kanak disambut awal oleh kanak-kanak Kg Sebir di Labu, Seremban, pada Oktober 12 lalu.
Nov 02, 2024
SEREMBAN: Zaman kanakkanak adalah satu rahmat dan antara fasa kehidupan yang paling menggembirakan. Sambutan Hari Kanak-Kanak disambut awal oleh kanak-kanak Kg Sebir di Labu, Seremban, pada Oktober 12 lalu.
Kerasulan Wanita Gereja Visitation mengetuai acara itu, bekerjasama dengan Pelayanan Orang Asli, Pelayanan Migran dan Pelayanan Kadilan Penciptaan.
Acara dimulakan kejohanan bola sepak mini yang meriah dan semangat kesukanan. Fr Xavier Andrew, paderi paroki, memberikan sepakan pertama sebagai permulaan kejohanan di padang kecil bersebelahan chapel yang dihiasi dengan sepanduk berwarna-warni.
Keterujaan kanak-kanak bertambah apabila Fr Xavier, secara peribadi mengalu-alukan mereka, berjabat tangan dan berkongsi kegembiraan mereka. Ia adalah hari yang meriah, di mana kanak-kanak dan ibu bapa bermain permainan dan menari dengan penuh semangat. Sukarelawan dari Kerasulan Wanita, diketuai oleh Annie Naden, juga menyediakan hidangan yang lazat untuk semua orang.
Setiap kanak-kanak menerima hadiah, beg selamat, dan berpeluang menyertai cabutan bertuah bersama ibu bapa mereka. Hari Kanak-kanak berlangsung dengan jayanya dan dalam semangat sinodal.
Penyelaras dan pengurus acara, Gloria Jagannathan, mengucapkan terima kasih kepada Fr Xavier, dan semua yang terlibat khususnya para penderma, atas kerjasama mereka.
Total Comments:0