Karnival Keluarga jangkau orang miskin, pelarian dan pendatang

Gereja St Thomas menganjurkan Karnival Hari Keluarga sempena Hari Orang Miskin Sedunia keenam dengan tema: “Demi Anda, Kristus Menjadi Miskin (2 Kor 8:9) pada Nov 13 lalu.

Dec 02, 2022

Karnival Keluarga di Gereja St Thomas Kuantan dapat sambutan menggalakkan dari pelbagai kaum dan agama.


KUANTAN:
Gereja St Thomas menganjurkan Karnival Hari Keluarga sempena Hari Orang Miskin Sedunia keenam dengan tema: “Demi Anda, Kristus Menjadi Miskin (2 Kor 8:9) pada Nov 13 lalu.

Hampir 1,500 orang, termasuk umat paroki datang untuk karnival itu. Antaranya ialah golongan kurang bernasib baik dan miskin, Orang Asli, pendatang serta pelarian.

Tujuan acara itu adalah untuk menyahut hasrat Bapa Suci untuk memberi penghormatan kepada golongan miskin dan menyatukan mereka sebagai sebuah keluarga serta bersolidariti dengan mereka yang memerlukan demi memperluaskan lagi pelayanan belas kasihan umat.

Jawatankuasa penganjur telah bekerja keras untuk mengatur acara ini dalam tempoh sebulan. Terdapat banyak aktiviti yang diadakan pada hari itu — seperti gerai makanan dan minuman, permainan, pameran dan hiburan.

Hasil jualan kupon dan pelbagai sumbangan pada hari tersebut disalurkan kepada para mangsa banjir serta digunakan untuk menyediakan pelbagai keperluan dan pendidikan bagi yang memerlukan.

Pelbagai barangan berharga termasuk peralatan elektrik dan rumah disumbangkan oleh para dermawan yang digunakan sebagai hadiah cabutan bertuah dan permainan sepanjang karnival berlangsung.

Bas-bas juga disediakan untuk Orang Asli dari Kuala Rompin, Muadzam Shah dan pekerja ladang Indonesia dari Maran, Pahang, untuk ke karnival tersebut.

Setiap seorang mereka diberikan kupon bernilai lebih RM100 untuk membeli makanan dan barangan lain serta menyertai pelbagai permainan.

Menurut paderi paroki Kuantan, Fr George Packiasamy, Hari Sedunia Hari Miskin merangkap Hari Keluarga telah disambut sejak lima tahun yang lalu sebagai salah satu usaha menyatukan keluarga, golongan kurang bernasib untik bertindak menyahut intensi Bapa Suci sempena Hari Orang Miskin Sedunia.

Total Comments:0

Name
Email
Comments