Katil-katil bayi yang kosong ...

Sebuah negara Asia, Korea Selatan mengalami penurunan kelahiran bayi selama 13 bulan berturut-turut! Menurut kaji selidik, ramai orang di Korea menggelakkan perkahwinan dan memiliki anak.

Apr 03, 2014

Salam damai Editor,
Sebuah negara Asia, Korea Selatan mengalami penurunan kelahiran bayi selama 13 bulan berturut-turut! Menurut kaji selidik, ramai orang di Korea menggelakkan perkahwinan dan memiliki anak.

Sesungguhnya penurunan kelahiran bayi boleh menjejaskan kestabilan ekonomi dan perkembangan sosial.

Saya tidak menolak kemungkinan bahawa penurunan kelahiran bayi adalah berdasarkan pengambilan kontraseptif, golongan yang lebih suka mengamalkan konsep ‘hidup bersama tanpa ikatan perkahwinan’ serta undang-undang yang menghalalkan pengguguran bayi.

Sesungguhnya, pil-pil dan alat pencegahan kehamilan, pengguguran bayi dan hidup bersama tanpa ikatan perkahwinan adalah bertentangan dengan Gereja Katolik.

Pada masa sekarang, pihak farmasi malah pakar-pakar perubatan dengan gah mempromosikan pil pencegahan kehamilan adalah sangat baik, tidak ada kesan sampingan, memudahkan merancang keluarga dan sebagainya.

Malah, pelbagai artikel mempromosi ‘kebaikan’ pil dan alat cegah hamil diterbit dalam akhbar-akhbar sekular. Ini secara tidak langsung mempengaruhi golongan muda untuk mengambil pil tersebut, melakukan gaya hidup bebas dan alasan bagi menggelakkan perkahwinan.

Bagi mereka yang menggelakkan Sakramen Perkahwinan, anda sesungguhnya menolak rahmat Tuhan yang menguduskan hubungan suami isteri.

Melalui perkahwinan, manusia diingatkan bahawa tujuan akhir hidup manusia adalah keselamatan yang merupakan persatuan yang mendalam dengan Tuhan. Maka, hubungan suami isteri yang merupakan ‘persiapan’ untuk persatuan yang sempurna dengan Tuhan itu merupakan tanda kehadiran Tuhan di dunia.

Begitu dalamnya makna persatuan suami isteri ini, sebab Tuhan hadir di dalamnya dengan Roh Kudus-Nya yang memberi hidup (lih. Yoh 6:63); dan sesuai dengan kehendakNya Dia dapat mengikutsertakan suami isteri di dalam karya penciptaan-Nya mendatangkan suatu kehidupan baru. Maka hubungan suami isteri menjadi cerminan kasih Tuhan yang total dan setia, atas misteri penciptaan dan keselamatan.

Karen Wong
Perak

Total Comments:0

Name
Email
Comments