Katolik bergabung dalam doa akhiri pandemik

Memandangkan krisis pandemik yang semakin buruk, dan ditambah dengan perkembangan politik yang tidak menentu di Malaysia, Uskup Agung Kuala Lumpur, Julian Leow menyeru semua umat Katolik agar bergabung dengannya dalam Saat Teduh untuk memohon kepada Bapa Syurgawi bagi mengakhiri pandemik tersebut.

Jul 16, 2021

KUALA LUMPUR: Memandangkan krisis pandemik yang semakin buruk, dan ditambah dengan perkembangan politik yang tidak menentu di Malaysia, Uskup Agung Kuala Lumpur, Julian Leow menyeru semua umat Katolik agar bergabung dengannya dalam Saat Teduh untuk memohon kepada Bapa Syurgawi bagi mengakhiri pandemik tersebut.

Saat Teduh diadakan di Kapel Uskup Agung di Cardign House pada 15 Julai dan disiarkan secara langsung melalui YouTube.

Umat Katolik di seluruh negara membanjiri bahagian Komen di laman YouTube dengan petisyen dan doa permohonan. Selama satu jam di hadapan Sakramen Mahakudus, data analitis mendapati lebih 20,000 telah menyertai doa ini.

Uskup Agung Kuching, Simon Poh, turut menyokong seruan Uskup Agung Julian dengan mendorong semua umat Katolik untuk menyertai Saat Teduh.

“Sebagai umat Katolik, yang berakar pada iman bahawa Tuhan selalu bersama kita, marilah kita berdoa dan memohon doa bagi dunia terutama pada masa pandemik ini.”

Uskup Agung Julian dalam surat pastoral bertarikh 9 Julai, meminta umat beriman Keuskupan Agung untuk bergabung dengannya dalam doa selama satu jam di hadapan Sakramen Mahakudus.

Dalam suratnya, uskup agung itu menjelaskan bahawa gangguan mengerikan seperti kesan ekonomi serta kesejahteraan sosial, emosi dan psikologi rakyat telah menyebabkan ketakutan dan kegelisahan yang luar biasa. Namun, “apa yang tetap tidak berubah adalah kita adalah umat yang berakar pada iman bahawa Tuhan selalu menyertai kita.”

Semakin ramai individu, Gereja dan organisasi yang memenuhi keperluan manusia yang sesungguhnya merupakan tanda bahawa Tuhan ada bersama kita, dan bahawa manusia dapat dan akan menang dalam menghadapi kesusahan dan cabaran. Dengan semua kebaikan yang terjadi di sekitar kita, marilah kita menyedari bahawa doa yang berterusan akan membuat kita sedar bahawa kita tidak sendirian,” kata uskup agung.

Saat Teduh diteruskan pada hari berikutnya sempena Pesta Perawan Maria dari Gunung Karmel. Ia diraikan dengan doa relay Rosario untuk umat Katolik memohon bantuan dari Perawan Maria bagi mengakhiri pandemik tersebut.

Selama relay 12 jam yang disiarkan secara langsung melalui YouTube, misterium rosario dibacakan dalam bahasa -bahasa yang berlainan dan diselingi dengan renungan oleh para Friar Kamerlit serta perayaan Misa Kudus, tayangan klip-klip video mengenai Perawan Maria dan ibadat bacaan.

Semasa Misa yang dipimpin oleh Uskup Agung Julian, prelatus itu sekali lagi meyakinkan umat beriman bahawa Tuhan berada di tengah-tengah pandemik dan berjalan bersama kita.

“Kami berdoa agar kita akan keluar dari pandemik ini yang penuh semangat dan iman diperbaharui, dan agar kita terus memberi kekuatan dan harapan kepada satu sama lain,” katanya.

Relay Rosario dianjurkan oleh Friar Kamerlit dari Seremban dengan kerjasama pelbagai kumpulan komponen di Keuskupan Agung Kuala Lumpur termasuk warga tua, belia dan kanak-kanak.

Total Comments:0

Name
Email
Comments