Kaum muda berdialog dengan perwakilan Sinode 2024

Lebih 30 pelajar, dari lebih 10 universiti menghadiri sesi “Mahasiswa Universiri Berdialog dengan Pemimpinpemimpin Sinode” pada Oktober 18, yang dianjurkan oleh Sekretariat Agung Sinode, di Dewan Paul VI, Vatikan.

Nov 02, 2024


KOTA VATIKAN:
Lebih 30 pelajar, dari lebih 10 universiti menghadiri sesi “Mahasiswa Universiri Berdialog dengan Pemimpinpemimpin Sinode” pada Oktober 18, yang dianjurkan oleh Sekretariat Agung Sinode, di Dewan Paul VI, Vatikan.

Acara itu dikendalikan oleh empat anggota muda pasukan komunikasi Sinode tentang Sinodaliti yang mengajukan soalan kepada empat panel jemputan sesi sinode global kedua iaitu Setiausaha Agung Sinode, Kardinal Mario Grech; Relator Jeneral Sinode, Kardinal Jean-Claude Hollerich; Sr Leticia Salazar, canselor Keuskupan San Bernardino, California; dan Uskup Daniel Flores dari Brownsville, Texas.

Dialog itu turut disiarkan secara langsung melalui saluran YouTube sinode.

Di hadapan penonton dalam talian yang kebanyakannya warga Amerika Syarikat, Kardinal Jean-Claude Hollerich mengambil peluang itu untuk bercakap mengenai pilihan raya Amerika Syarikat pada November 5, 2024.

“Apabila saya menonton di televisyen mengenai pilihan raya di Amerika Syarikat, terdapat “dua dunia” yang nampaknya bertentangan yang menggambarkan pemikiran sangat jauh daripada pemikiran sinodal,” kata kardinal itu.

Namun begitu, Kardinal Jean-Claude berpesan, “Orang yang mempunyai pendapat yang berbeza bukanlah musuh. Kita harus bersama-sama, untuk mencari penyelesaian bersama,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai jurang politik dan ideologi yang tajam di Amerika Syarikat, ahli panel, Sr Leticia menggalakkan golongan muda Katolik di negara itu agar tidak takut berkongsi iman dengan orang lain.

“Dalam realiti kehidupan polarisasi, Gereja Sinodal benar-benar mempunyai cara yang lembut untuk mengumumkan Berita Baik dengan cara yang sangat menghormati,” katanya.

Biarawati itu mengungkapkan kegembiraannya kerana dapat melihat golongan muda yang prihatin akan isuisu iman.

“Anda mempunyai banyak kerja untuk dilakukan, kita mempunyai sebuah kembara untuk berjalan bersama dalam iman dan berita baiknya ialah: Kita tidak bersendirian!”

Uskup Daniel Flores pula berkata bahawa para pelajar harus menjadi saksi Gereja yang sejati, yang boleh dipercayai lebih-lebih lagi dalam “budaya orang yang lupa cara bercakap antara satu sama lain.”

“Anda tidak dapat mengumumkan Injil jika anda tidak hidup dalam masyarakat.

“Mendengar ialah sebahagian daripada hidup berkomuniti. Buka telinga dan dengar pada tahap yang lebih mendalam demi untuk mendengar realiti. Dan bahagian paling sukar dalam sinodal ialah mendengar dengan sabar dengan seseorang yang anda telah putuskan sudah salah,” katanya.

“Sesungguhnya, jika seseorang memberitahu anda tentang kehidupan mereka, itu adalah hadiah yang harus anda hargai sebagai sesuatu yang agak suci.” --Media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments