Kebencian, dendam adalah anti-Kristus

Kebencian dan sikap tidak menghormati ada di mana-mana. Perkara ini berlaku di rumah-rumah kerajaan kita, dalam komuniti kita, di Gereja kita, dan dalam keluarga kita.

Feb 11, 2024


Adakah ini perkara baharu atau kita hanya lebih menyeda-rinya sekarang?

Kebencian dan sikap tidak menghormati ada di mana-mana. Perkara ini berlaku di rumah-rumah kerajaan kita, dalam komuniti kita, di Gereja kita, dan dalam keluarga kita.

Kita sedang berusaha untuk beradab antara satu sama lain, apatah lagi untuk menghormati antara satu sama lain tetapi tidak selalunya berjaya. Kenapa? Mengapa ini berlaku dan semakin meruncing?

Lebih-lebih lagi, sama ada kita mahupun pihak lain, kita sering mewajarkan kebencian ini atas dasar moral, malah menggunakan alasan alkitabiah, mendakwa bahawa Injil mewajarkan kita untuk bersikap tidak hormat.

Misalnya dalam kata-kata ini, “Saya di pihak yang benar dan anda sangat salah. Itulah sebabnya saya tidak lagi menghormati anda dan Kitab Suci juga mewajarkan saya untuk membenci anda!”

Kitab Suci tidak menyokong sikap tidak menghormati. Begitu juga bagi perkara-perkara seperti rasionalisasi, kepentingan diri dan perkara-perkara yang bertentangan dengan sikap Yesus sendiri.

Oleh itu, mari kita mulakan dengan sesuatu yang telah lama diajar sebelum kedatangan Yesus.

Dalam kitab Yahudi, kita akan mendapati ayat ini: “Aku telah menjadikan kamu hina dina di hadapan semua orang, kerana kamu tidak berpegang pada jalan-Ku, tetapi memihak dalam keputusanmu. Bukankah kita semua adalah satu Bapa?

Bukankah Tuhan yang menciptakan kita? Mengapa kita memecahkan kepercayaan antara satu sama lain?” (Maleakhi 2,8-10).

Jauh sebelum kedatangan Yesus ke dunia, kerohanian Yahudi sentiasa memihak keadilan.

Walau bagaimanapun, ia masih memberi kebenaran untuk membenci musuh dan membalas dendam dalam situasi penganiayaan. Konsep ini dipanggil “mata ganti mata”.

Tetapi Yesus telah mengecam perkara ini. Di mana-mana Yesus mengajar, mahupun dalam peribadi dan perbuatan-Nya, terutama semasa mengajar Sabda Bahagia di Bukit, Yesus mencabar kita dengan cara yang sangat baharu.

Dia memberitahu kita bahawa, jika kita ingin pergi ke syurga, amal kasih kita perlu mendalam dan melebihi daripada ahli Taurat dan orang Farisi. Jenis apakah kebajikan tersebut?

Ahli-ahli Taurat dan Farisi pada zaman Yesus sangat mirip dengan orang Kristian yang pergi ke gereja pada zaman kita.

Mereka adalah orang yang ikhlas, pada dasarnya jujur, pada dasarnya orang yang baik, yang mematuhi perintah dan mengamalkan keadilan dengan ketat. Tetapi, menurut Yesus, itu tidak mencukupi.

Kenapa? Jika anda seorang yang ikhlas yang jujur, mematuhi perintah, dan adil kepada semua orang, apakah yang masih kurang? Apa yang masih hilang terletak pada inti ajaran moral Yesus, iaitu, amalan kasih sayang dan pengampunan yang mengatasi kebencian dan keluhan. Apa maksudnya?

Dalam keadilan dan kesaksamaan, anda berasa berhak untuk membenci seseorang yang membenci anda dan membalas dendam kepada seseorang yang telah menganiaya anda.

Namun, Yesus meminta yang sebaliknya, “Kamu telah mendengar bahawa dikatakan, ‘Kasihilah se-samamu’ dan bencilah musuhmu.’ Tetapi Aku berkata kepadamu, kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu, supaya kamu menjadi anak-anak Bapamu yang di syurga …

Jika kamu mengasihi orang yang mengasihi kamu, apakah upah yang akan kamu peroleh? Bukankah pemungut cukai pun berbuat demikian?

Dan jika kamu hanya memberi salam kepada kaummu sendiri, apakah yang kamu lakukan lebih daripada orang lain? Bukankah orang kafir pun berbuat demikian?

Jadilah sempurna, sama seperti Bapamu yang di syurga adalah sempurna.” (Matius 5, 43-48)

Inilah intipati moral Kristian. Bolehkah anda mencintai seseorang yang membenci anda? Bo-lehkah anda berbuat baik kepada seseorang yang mendoakan anda jahat? Bolehkah anda memaafkan seseorang yang telah melakukan kesalahan kepada anda? Bolehkah anda memaafkan seorang pembunuh?

Inilah yang merupakan ujian litmus untuk penganut Kristian, bukannya teologi moral atau sekadar mematuhi peraturan agama yang ketat.

Bolehkah anda mencintai seseorang yang membenci anda? Bo-lehkah anda memaafkan seseorang yang telah menyakiti anda?

Mampukah anda beralih dari kebiasaan semula jadi anda untuk membalas dendam?

Malangnya, hari ini kita gagal dalam ujian itu sama ada di peringkat ideologi dan agama.

Kegagalan ini kita dapat lihat di mana-mana — dari peringkat tertinggi kerajaan, dari peringkat tinggi dalam Gereja kita, dan dalam wacana awam dan swasta di mana-mana, orang secara terbuka menyokong sikap tidak hormat, perpecahan, kebencian, dan dendam – dan mereka menggunakan asas moral bagi mewajarkan tindakan mereka.

Ahli politik misalnya, bercakap secara terbuka dan jelas tentang membenci orang lain dan tentang membalas dendam terhadap mereka yang menentang mereka. Lebih teruk lagi, Gereja dan pemimpin Gereja turut menyokong mereka dengan alasan “Injil”.

Ini perlu diselidik dan dijelaskan: sesiapa yang menyokong perpecahan, tidak menghormati, membenci atau membalas dendam adalah bertentangan dengan Yesus dan Injil.

Selain itu, sesiapa yang menyokong orang sedemikian dengan menggunakan Kitab Suci, kononnya disokong oleh moral yang tulen, juga bertentangan dengan Yesus dan Injil.

Tuhan itu Pengasih. Yesus adalah Kasih dalam jiwa kita. Rasa tidak hormat, kebencian, perpecahan, dan dendam tidak boleh di-khotbahkan dalam nama Tuhan atau Yesus.

Oleh itu, elakkan dari memberikan pendapat yang menghasut, berat sebelah, berdebat, menyatakan rasa benci dengan menggunakan nama Yesus.

Begitu juga, sikap tidak hormat, kebencian, perpecahan, dan dendam (tidak kira betapa besarnya ia) — dianjurkan tidak menggunakan nama Yesus kerana perpecahan, tidak menghormati, kebencian, dan dendam adalah anti-Kristus. -- Hakcipta Terpelihara 1999-2024 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments