Kedatangan imigran ... dapatkah ia disekat?

Pada musim panas 1854, Presiden A.S. Franklin Pierce menghantar Isaac Stevens untuk menjadi gabenor Wilayah Washington, di sebuah kawasan yang ditadbir oleh kerajaan persekutuan.

Oct 16, 2021

Pada musim panas 1854, Presiden A.S. Franklin Pierce menghantar Isaac Stevens untuk menjadi gabenor Wilayah Washington, di sebuah kawasan yang ditadbir oleh kerajaan persekutuan. Gabenor Stevens kemudiannya mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua Anak Negeri untuk membincangkan ketegangan antara pemerintah A.S. dan Orang Asli. Salah satu suku, Yakima, tegar untuk memberontak, yang dipimpin oleh ketua mereka, Kamiakin.

The Missionary Oblates of Mary Immaculate (ordo religius di mana saya bernaung) bekerjasama dengan kaum Yakima. Ketua mereka, Kamaikin, menemui salah seorang paderi Oblate, Fr Charles Pandosy, untuk meminta nasihat. Kamaikin bertanya kepadanya berapa ramai orang Eropah sudah memasuki wilayah itu dan bila mereka akan berhenti datang. Sayangnya, nasihat yang diberikan oleh Fr Pandosy kepadanya tidak menggembirakan Kamaikin.

Fr Pandosy mengirim surat kepada pengasas Oblate di Perancis, Sta Eugene de Mazenod, yang melaporkan perbualannya dengan ketua Yakima. Fr Pandosy telah memberitahu Kamiakin: “Seperti yang saya bimbang selama ini. Orang kulit putih akan mengambil negara anda. Lagipun mereka telah mengambil negara lain dari puak Indian.

Saya datang dari tanah orang kulit putih, jauh di timur di mana penduduknya lebih banyak dari rumput di bukit. Sekarang ini, hanya ada beberapa orang penduduk sahaja di sini tetapi setiap tahun, orang dari negara lain akan datang ke sini sehingga negara anda dibanjiri oleh orangorang asing ini ... Ia juga akan berlaku di kalangan suku anda. Anda mungkin boleh bertarung dan menahan sementara kemasukan mereka, tetapi anda tidak dapat menghalangnya." Saya telah melalui banyak musim panas bersama anda dan membaptis sebilangan besar umat anda ke dalam iman.

Saya telah belajar mencintai awak. Saya berharap saya dapat memberi anda nasihat tetapi saya tidak dapat menolong anda," (Petikan dari Kay Cronin, Cross in the Wilderness, Mission Press, Toronto, c1960, hlm. 35.) 170 tahun kemudian, keadaan yang sama berlaku kembali, hanya watak-wataknya sahaja yang berbeza. Pada tahun 1854, orang Eropah datang ke Amerika dengan pelbagai alasan.

Ada yang melarikan diri dari kemiskinan, ada yang mahu lari dari penganiayaan, yang lain pula mengatakan tidak dapat melihat masa depan untuk mereka di tanah air sendiri, yang lain mencari kebebasan beragama, dan yang lain mempunyai alasan berhijrah kerana mereka melihat kemungkinan besar tempat baharu khususnya dalam kerjaya dan nasib. Tetapi, inilah masalahnya. Di tempat yang baharu itu, sudah ada penduduk asal. Penduduk asli ini menentang dan membenci pendatang baharu, menganggap kedatangan mereka sebagai ancaman. Ini adalah kerana, penduduk peribumi tahu bahawa apabila orang asing mula menghuni di kawasan mereka, kehidupan mereka akan berubah.

Adakah kisah ini kelihatan tidak asing? Saya teringat komen yang saya baca di halaman sukan beberapa tahun yang lalu yang banyak dibicarakan.

Seorang pemain besbol di Kota New York bermain untuk kelab Yankees menceritakan bahawa, pada suatu hari, ketika pergi ke stadium dengan menaiki kereta api bawah tanah, dia terkejut dengan apa yang dilihat dan didengarnya: Dia melihat ramai orang yang berlainan warna, bercakap bahasa yang berbeza.

Dia tertanya-tanya, siapa yang membenarkan orang asing ini masuk ke negaranya?

Inilah yang mungkin difikirkan oleh Kamaikin, 170 tahun yang lalu. Hari ini, di mana-mana sempadan negara penuh sesak dengan orang-orang yang cuba memasuki negara-negara Barat. Mereka meninggalkan kampung halaman mereka dengan alasan yang sama seperti orang Eropah yang datang ke Amerika.

Sebilangan besar daripada mereka melarikan diri dari penganiayaan atau kerana masa hadapan yang gelap untuk diri mereka sendiri di negara asal mereka sendiri, malah yang lain pula beralasan mencari kerjaya dan mahu mengubah nasib yang lebih baik untuk diri mereka sendiri.

Dan, seperti masyarakat peribumi, kita mempunyai kebimbangan yang sama dengan Kamaikin seratus 170 tahun yang lalu: Bilakah ini akan berhenti? Sudah berapa jumlah mereka? Apakah ia akan mempengaruhi cara hidup kita, etnik, bahasa, budaya, agama kita?

Apa pun perasaan peribadi kita mengenai hal ini, jawapan kepada soalan-soalan itu tidak jauh berbeza dengan jawapan yang diberikan oleh Fr Pandosy kepada Kamaikin bertahun-tahun yang lalu. “Ia tidak akan berhenti - kerana tidak dapat dihentikan. Mengapa ia tidak dapat dihentikan?”

Kerana globalisasi. Globalisasi tidak dapat dielakkan kerana bumi ini bulat, tidak berkesudahan. Cepat atau lambat, kita tidak mempunyai pilihan lain selain saling bertemu, saling menerima, dan mencari jalan untuk berkongsi ruang dan kehidupan antara satu sama lain. Kerana bumi ini bulat, ruang dan sumbernya terhad, tidak berkesudahan. Lebih-lebih lagi, terdapat berjuta-juta orang yang tidak dapat lagi menghuni di tempat mereka tinggal sekarang.

Mereka akan melakukan apa yang yang boleh untuk diri mereka sendiri dan keluarga mereka. Ini tidak dapat dihentikan. Seperti katakata Fr. Pandosy, kita mungkin berusaha melawan untuk menghentikan kemasukan para imigran ini, cuba untuk menunda pencerobohan tetapi kita tidak dapat menghalangnya.

Hari ini, kita, mantan imigran, mulai (sekurang-kurangnya sedikit) untuk memahami apa yang dirasakan oleh penduduk asli ketika kita muncul, tidak diundang, di pantai mereka. Sekarang giliran kita untuk mengetahui bagaimana rasanya ketika sebuah negara yang kita anggap sebagai negara kita secara progresif dipenuhi dengan orang-orang yang berbeza dari segi etnik, bahasa, budaya, agama, dan cara hidup.

Apa yang pernah kita lakukan suatu ketika dahulu, pasti akan terkena pada diri sendiri. — Hakcipta Terpelihara 1999-2021 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments