Kehadiran Yesus, bintang terang untuk kanak-kanak

Keuskupan Keningau mengambil peluang sempena Pesta Epifani pada Januari 7 lalu untuk merayakan Misa Kudus Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia.

Jan 20, 2023


KENINGAU: Keuskupan Keningau mengambil peluang sempena Pesta Epifani pada Januari 7 lalu untuk merayakan Misa Kudus Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia.

Program yang dikendalikan bersama Tim Liturgi, Tim LSKK (Liturgi Sabda Kanak- Kanak) dan Tim Program Kasih telah diadakan di Dataran Keuskupan Keningau.

Sekitar 400 kanak-kanak dalam lingku ngan umur tujuh hingga 12 tahun terlibat kali ini.

Istimewanya, kanak-kanak ini mengambil bahagian dalam tugasan liturgi, seperti komentator, lektor dan warden. Lebih menggamit perhatian lagi apabila, kanak-kanak ini berkolaborasi dengan pembimbing mereka untuk mempersembahkan gimik Pesta Epifani semasa perarakan persembahan.

Selebran pada hari Minggu itu, Uskup Cornelius Piong menegaskan betapa pentingnya kanak-kanak masa kini untuk dibimbing dengan terang Kristus.

“Seperti orang majus yang dibimbing oleh bintang terang itu. Kanak-kanak pada masa kini juga harus dibimbing oleh terang Kristus agar mereka dapat mengenali Yesus pada usia awal mereka,” jelas prelatus itu.

“Terang Kristus” yang dimaksudkan oleh Uskup Cornelius adalah didikan ibu bapa dan pembimbing.

Menerangkan mengenai kepentingan kanak-kanak mengenali Kristus pada usia muda, prelatus itu menjelaskan kanakkanak sekarang amat terdedah kepada godaan-godaan dunia yang akan cuba memesongkan tumpuan mereka kepada Yesus Kristus.

“Contoh godaan yang dihadapi oleh kanak-kanak ialah pendedahan terhadap gajet yang membawa kesan buruk terhadap pertumbuhan rohani, kesihatan dan juga perkembangan sosial kanak-kanak,” kata ketua Keuskupan Keningau itu.

Di penghujung Misa, Bapa Uskup Cornelius sempat mencadangkan agar Misa Kudus dengan kanak-kanak sebagai petugas liturgi dapat diadakan sekali dalam setiap empat bulan.

Prelatus itu kemudian memberkati kanak-kanak yang hadir sebelum para Tim Penganjur memberikan mereka beg cenderehati. —Juanis bin Marcus

Total Comments:0

Name
Email
Comments