Kehendak menyelamatkan nyawa bukan kuasa untuk mencegah kematian

Saya telah menulis tentang bunuh diri selama hampir empat puluh tahun.

Jun 08, 2024

Saya telah menulis tentang bunuh diri selama hampir empat puluh tahun.

Saya berbuat demikian kerana bunuh diri secara umumnya sering disalah ertikan malah menerima kritikan yang teruk dan menyedihkan.

Lebih-lebih lagi, mungkin tidak seperti kematian lain, bunuh diri meninggalkan keluarga, saudara mara dan sahabat handai, dengan beban sedih, sakit hati dan rasa bersalah yang berat.

Empat perkara yang perlu selalu dikatakan terlebih dahulu mengenai bunuh diri: Pertama, bunuh diri adalah penyakit, mungkin yang paling disalah ertikan daripada semua penyakit.

Dalam kebanyakan kes, kematian tidak bukan pilihan bebas. Apabila orang mati akibat serangan jantung, strok, kanser, AIDS atau kemalangan, mereka mati di luar kehendak mereka.

Perkara yang sama berlaku untuk bunuh diri, kecuali dalam kes bunuh diri ini disebabkan seseorang itu mengalami kerosakan emosi, bukan fizikal misalnya strok emosi, kanser emosi, kerosakan sistem imun emosi, kematian emosi.

Dan ini bukan analogi. Bunuh diri adalah penyakit. Kebanyakan orang yang mati akibat bunuh diri mati adalah di luar kehendak mereka.

Mereka hanya mahu menamatkan kesakitan yang tidak dapat ditanggung lagi, seperti seseorang yang melompat maut dari bangunan yang terbakar kerana pakaiannya terbakar.

Kedua, kita tidak perlu terlalu bimbang tentang keselamatan abadi mangsa bunuh diri, mempercayai (seperti yang kita lakukan) bahawa bunuh diri adalah tindakan putus asa yang muktamad dan sesuatu yang tidak akan diampuni oleh Tuhan.

Sesungguhnya Tuhan maha memahami, mengasihi, dan lembut. Kita tidak perlu bimbang tentang nasib sesiapa pun, tidak kira punca kematian, yang keluar dari dunia ini dalam keadaan rosak, terlalu sensitif, lemah lembut, terlalu berat, dan emosi.

Tuhan mempunyai kasih yang istimewa kepada yang patah dan remuk. Walau bagaimanapun, mengetahui semua ini tidak semestinya menghilangkan kesakitan (dan kemarahan) kita kerana kehilangan seseorang yang membunuh diri.

Iman dan pemahaman tidak selalu dapat menghilangkan kesakitan kita tetapi memberi kita harapan, penglihatan dan sokongan semasa kita berjalan dalam kesakitan kita.

Ketiga, kita tidak seharusnya menyeksa diri kita dengan rasa bersalah dan meneka punca orang tersayang akibat membunuh diri.

“Bagaimana saya telah mengecewakan orang ini? Sekiranya saya berada di sana? Bagaimana jika ... ?” Adalah wajar untuk dihantui oleh pemikiran, “seandainya saya berada di sana pada masa yang tepat ...”

Jarang sekali ini akan membuat perubahan. Memang, kebanyakan masa, kami tidak berada di sana kerana orang yang menjadi mangsa penyakit ini, tidak mahu kita berada di sana.

Dia memilih masa, tempat dan cara supaya kita tidak berada di sana. Bunuh diri adalah penyakit yang seolah-olah memilih mangsanya dengan tepat, sehingga mengecualikan orang lain dan perhatian mereka.

Ini bukan alasan untuk tidak sensitif, tetapi ini adalah nasihat yang baik agar kita tidak terperangkap dengan rasa bersalah yang tidak perlu serta tekaan-tekaan yang menyakitkan.

Kita manusia, bukan Tuhan. Orang mati kerana sakit dan kemalangan sepanjang masa dan kadangkala semua kasih sayang dan perhatian di dunia tidak dapat menghalang orang yang disayangi daripada mati.

Sebagai seorang ibu yang kehilangan anak akibat bunuh diri menulis: “Kehendak untuk menyelamatkan nyawa bukanlah kuasa untuk mencegah kematian.”

Oleh itu, kita mesti memaafkan diri kita sendiri atas ketidakmampuan kita sebagai manusia untuk hidup dan memahami seseorang dalam kemurungan membunuh diri.

Ini memang tidak mudah. Seorang lelaki yang kehilangan isterinya kerana membunuh diri mengatakan, “Isteri saya telah lama tidak berpuas hati dan tertekan sehingga saya berdoa agar dia dapat bertenang. Sekurang-kurangnya sekali seminggu selama empat atau lima tahun yang lalu, dia akan menyatakan bahawa dia mahu mati … Sukar untuk saya menghuraikan peranan saya dalam ketidak bahagiaannya ...

Saya sedar sehingga saya mati bahawa saya sebenarnya boleh melakukan lebih baik. Bukannya mahu memberi ceramah tetapi beberapa tahun yang lalu, di sebalik berusaha memberikan semangat kepada isteri saya, ada beberapa ketika saya mengundurkan diri dan tidak melakukan apa-apa.

Ini adalah kerana, walaupun berusaha membantunya, saya menjadi sumber kemarahan dan ketidakbahagiaannya. Dan ketika kemarahannya ditujukan kepada saya, saya sering menggelak dan kini, saya amat menyesal ... Ini adalah perasaan bersalah yang biasa dirasai oleh ramai orang yang telah kehilangan seseorang kerana membunuh diri, terutamanya pasangan.

Apa yang perlu difahami ialah kemarahan orang yang tertekan paling kerap tertumpu tepat pada seseorang yang mereka percayai dan sangat rapat kerana itu adalah satu-satu nya tempat yang selamat di mana mereka boleh melepaskan kemarahan mereka (tanpa dibalas dengan kemarahan).

Akibatnya, orang yang menjadi sasaran kemarahan itu selalunya akan melarikan diri dengan mengelak dan menarik diri — dan kemudian dihambat dengan perasaan bersalah selepas itu.

Keempat, apabila kita kehilangan orang tersayang akibat bunuh diri, salah satu tugas kita ialah berusaha mengingati kehidupan, menghargai kenangan bersama mereka, bukan mengingati kematian bunuh diri mereka.

Jangan hilangkan foto mereka, jangan bercakap dalam nada senyap tentang hidup dan mati mereka, jangan letakkan asterisk kekal di sebelah nama mereka.

Kehidupan mereka tidak boleh dinilai atau digantikan dengan prisma malang kematian mereka. Tebus ingatan kita dengan kenangan akan mereka, bukan kematiannya. — Hakcipta Terpelihara 1999-2024 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments