Kehilangan orang tersayang akibat bunuh diri
Kolumnis New York Times, David Brooks baru-baru ini menulis artikel mengenai rakan lamanya, yang mati akibat bunuh diri.
Mar 24, 2023

Kolumnis New York Times, David Brooks baru-baru ini menulis artikel mengenai rakan lamanya, yang mati akibat bunuh diri.
Dalam menggambarkan rakannya dan penyebab yang menyebabkan bunuh diri, Brooks menyatakan bahawa ramai orang yang memerlukan pencerahan dan masih ramai yang tidak memahami tentang bunuh diri (New York Times, Februari 9, 2023)
Rakannya, Peter, kelihatan bukan seseorang yang mati dengan mengambil nyawa sendiri. Peter mempunyai perkahwinan yang indah, dua anak lelaki yang penyayang, rakan-rakan yang baik dan karier bagus sebagai doktor di mana dia banyak berpuas hati kerana dapat membantu orang lain.
Apa yang ditulis oleh Brooks dalam mendokumentasikan perjalanan rakannya harus dibaca oleh semua orang. Apa yang ditekankan oleh Brooks dalam dokumen itu?
Pertama, bahawa dalam kebanyakan kes, bunuh diri adalah penyakit.
Orang tidak memilih untuk tenggelam ke dalam kemurungan seperti ini.
Ia tidak dapat dibandingkan dengan barah, diabetes, atau lemah jantung.
Sakit seperti itu melemahkan, ia tidak dapat keluar atau sembuh berbanding dengan penyakit fizikal yang boleh disembuhkan atau di-atasi dengan kemahuan kuat dan sikap positif.
Tidak ada semangat atau ubat untuk anda keluar dari kemurungan bunuh diri dengan mudah.
Lebih-lebih lagi, kemurungan bunuh diri bukanlah sesuatu yang kita fahami, apatah lagi sebagai orang luar, ia sukar difahami.
Kedua, kemurungan itu mengerikan, mimpi paling ngeri dari semua mimpi buruk!
Perhatikan bagaimana William Styron menggambarkan kemurungannya sendiri dalam memoirnya, Darkness Visible, “Saya mengalami kekejangan batin yang hanya dapat saya gambarkan sebagai keputus asaan di luar jangkauan putus asa. Penyakit ini timbul pelbagai kejadian buruk. Saya tidak pernah terfikir akan mengalami kesedihan yang amat menyeksakan.
Kemudian, penderitaan itu diburukkan lagi oleh fakta bahawa sebahagian daripada anatomi penyakit ini, adalah mustahil bagi si pesakit untuk menceritakan dengan jelas kesakitan yang mereka alami.
Oleh itu, mereka bersendirian dan menyimpannya di dalam hati, terasing dan dengan bersendirian, datang sebuah perasaan yang sangat kuat, yang mendorong orang itu memikirkan adalah baik tidak menyusahkan keluarga dan rakan-rakan, dengan meninggalkan mereka melalui membunuh diri.
Dalam menyembuhkan depresi bunuh diri, ubat dan psikiatri boleh membantu tetapi rawatan kemurungan adalah terhad dan kurang berkesan.
Apa yang perlu kita lakukan apabila kita berhadapan dengan seseorang yang sedang mengalami kemurungan yang melumpuhkan seperti ini? Dalam usaha mencari jawabannya, mungkin kita dapat dibantu dengan cara via negativa iaitu apa yang seharusnya tidak kita lakukan.
Brooks berkongsi dengan tulus, tetapi tidak berjaya dalam usahanya membantu rakannya. Sebagai contoh, dia mengingatkan Peter tentang semua berkat indah yang dia nikmati dan betapa hidupnya dilimpahi berkat.
Kemudian barulah dia menyedari, mungkin tercetus pada fikiran rakannya bahawa dia semakin murung kerana tidak dapat menikmati semua perkara yang sangat menyeronokkan.
Juga, kita tidak boleh bertanya secara langsung kepada orang itu jika dia berfikir untuk menyakiti dirinya sendiri.
Orang itu sudah sakit dengan teruk sehingga segala-galanya di dalam batinnya hanya mahu menghentikan kesakitan, dan bunuh diri dianggap sebagai satu-satunya cara untuk melakukannya.
Apa yang perlu kita lakukan? Brooks menjelaskan: “Para pakar mengatakan jika anda mengenali seseorang yang tertekan, anda boleh bertanya secara langsung adakah dia berniat membunuh diri.
Pakar menekankan bahawa anda tidak akan mencetuskan keinginan itu pada orang tersebut.
Selalunya, niat itu sudah ada di fikirannya.
Dan jika ya, orang itu harus mendapat bantuan profesional.
Pakar juga bersetuju bahawa kita harus mengambil risiko dan bertanya kepada orang secara terbuka jika dia berfikir untuk membunuh diri.
Jika orang itu tidak berfikir tentang bunuh diri, dia akan memaafkan anda kerana bertanya; Tetapi jika dia berfikir untuk membunuh diri dan anda pula takut-takut atau segan untuk bertanya, sikap teragak-agak anda mungkin menghalang menyelamatkan nyawa orang itu.
Brooks menunjukkan bahawa walaupun semua kerja yang telah dilakukan dalam bidang perubatan dan psikologi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kadar bunuh diri hari ini adalah 30 peratus lebih tinggi berbanding dua puluh tahun yang lalu dan satu daripada lima orang dewasa Amerika mengalami penyakit mental.
Kehidupan saya sendiri telah banyak dipengaruhi dengan kejadian bunuh diri, bunuh diri di kalangan saudara-mara, rakan-rakan, jiran, rakan sekerja, rakan sekelas, bekas pelajar, dan mentor yang dipercayai.
Dalam pengalaman saya, dalam setiap kematian seperti ini, orang yang mati adalah jiwa yang baik, jujur, lembut, sensitif, dan terlalu sensitif yang, pada satu ketika dalam hidupnya, terlalu terluka, terlalu penuh dengan kesakitan, dan terlalu dibaluti oleh penyakit sehingga tidak kuat untuk terus hidup.
Setiap kematian disebabkan bunuh diri meninggalkan ke-sedihan tragis yang diburukkan lagi oleh kurangnya pemahaman kita tentang apa yang sebenarnya menyebabkan kematian orang yang memilih kematian seperti itu.
Dalam penilaiannya terhadap bunuh diri rakannya, Brooks mengatakan bahawa pada akhir-nya “binatang buas itu lebih besar daripada Pete, ia lebih besar dari yang kita jangkakan.”
Dan “binatang buas” ini tidak pupus. Ringkasnya, kita masih jauh dari memahami kesihatan mental dan kerapuhannya. — Hakcipta Terpelihara 1999-2023 @ Fr Ron Rolheiser
Total Comments:0