Kekuatan dalam Doa Kelompok

Komuniti Umat Katolik Berbahasa Malaysia Sts Peter & Paul (SPP) telah mengadakan Bengkel Mini Doa Kelompok yang disertai 60 peserta.

May 18, 2024


BANTING: Komuniti Umat Katolik Berbahasa Malaysia Sts Peter & Paul (SPP) telah mengadakan Bengkel Mini Doa Kelompok yang disertai 60 peserta.

Bengkel ini umpama batu asas kepada penubuhan Tim Doa Kelompok KUBM SPP Banting yang diketuai oleh Linda Anne Ensil, dibantu oleh Gregory Anak Rama selaku Ketua KUBM paroki SPP.

Doa Kelompok adalah salah satu cabang pelayanan yang agak penting dalam Gereja kerana ia memberi impak yang mendalam dari segi rohani umat selain mendorong umat lebih menyembah Ekaristi serta mendorong warga Katolik untuk menyebarkan Khabar Gembira.

Bengkel itu diadakan untuk menyampaikan penjelasan manfaat menyertai Doa Kelompok serta mempromosi pelayanan karismatik di kalangan kaum muda.

Sesi ceramah disampaikan oleh Sdra Egbert Adolf Naintin, Pengerusi Kerasulan Bahasa Malaysia Keuskupan Kuala Lumpur (ABMA).

KUBM Banting berterima kasih kepada Sdra Egbert yang memberi tunjuk ajar kepada mereka yang masih ragu-ragu atau kurang yakin terhadap kebaikan Doa Kelompok dan juga kepada Fr Eugene Benedict kerana memberi sokongan padu pada program KUBM.

Total Comments:0

Name
Email
Comments