Kekudusan dorong umat tinggalkan cara hidup lama

Lebih 50 peserta menyertai retret Pra-Paskah di Gereja Holy Redemeer pada Mac 9 lalu.

Mar 28, 2024


KUALA LUMPUR: Lebih 50 peserta menyertai retret Pra-Paskah di Gereja Holy Redemeer pada Mac 9 lalu.

Penceramah ialah Sdra Spencer Klumai dari Archdiocesan Bahasa Malaysia Apostolate (ABMA).

Spencer menerangkan apa itu Pra-Paskah dan Hari Kebangkitan Tuhan (Paskah).

Beliau menerangkan musim Pra-Paskah adalah tempoh kita berpuasa selama 40 hari kecuali hari Minggu. Pra-Paskah selalu dikaitkan dengan tiga amalan suci iaitu berpuasa, berpantang dan bersedekah

Penceramah itu kemudiannya menceritakan sejarah Pra-Paskah di Perjanjian Lama seperti Nabi Musa yang berpuasa di Gunung Sinai sebelum menerima Sepuluh Hukum Tuhan.

Seterusnya, Sdra Spencer menekankan bahawa musim Pra-Paskah adalah peluang yang diberikan kepada kita untuk melihat serta merenung kembali hubungan kita dengan Tuhan dan bertaubat.

Para peserta juga diberi pencerahan tentang disiplin “penolakan diri” sepanjang musim Pra-Paskah misalnya berpantang daging pada setiap Jumaat, berhenti dari tabiat kurang baik misalnya merokok dan mengambil alkohol dan memperbaiki hubungan dengan Tuhan misalnya memperbanyakkan doa, membaca firman-Nya dan membantu mereka yang memerlukan. — Crystal Sheejay

Total Comments:0

Name
Email
Comments