Keluarga di atas bumi seperti di dalam syurga

Komisi Pelayanan Hidup Keluarga Keuskupan Sandakan telah mengadakan Seminar Pengayaan Perkahwinan di Katedral St Mary yang bertema, “Keluarga, di atas bumi seperti di dalam syurga”.

Dec 01, 2024


SANDAKAN:
Komisi Pelayanan Hidup Keluarga Keuskupan Sandakan telah mengadakan Seminar Pengayaan Perkahwinan di Katedral St Mary yang bertema, “Keluarga, di atas bumi seperti di dalam syurga”.

Komisi itu menjemput Romo Eko Wahyu, OSC dari Keuskupan Bandung, Indonesia sebagai penceramah.

Antara objektif yang diadakan ialah agar pasangan lebih tahu misi mereka sebagai keluarga Katolik, bagaimana menjadi keluarga kudus seperti Keluarga Kudus dari Nazaret dan menghadapi cabaran keluarga pada masa kini.

Romo Eko menyampaikan lima sesi ceramah iaitu “Cinta keluarga”, “Vokasi dan Panggilan menuju kekudusan”, “Cinta Perkahwinan” (Nuptial love), “Mereka kehabisan wain” dan “Perdamaian dan Kesannya kepada pasangan/ keluarga”.

Diadakan juga sesi menulis surat cinta kepada pasangan. Mereka yang belum berkahwin pula menulis surat kepada keluarga mereka. Macshamus Bilcher

Total Comments:0

Name
Email
Comments