Keluarga diserang pelbagai ideologi

Orang-orang Kristian dipanggil untuk membawa harapan bagi mereka yang sedang melalui masa-masa kelam, terutama keluarga yang diancam oleh ideologi-ideologi yang lazim di dunia masa ini, kata Sri Paus Fransiskus.

Sep 16, 2022

Sri Paus Fransiskus bertemu para keluarga dan anak-anak mereka di Vatikan, baru-baru ini.

ROMA: Orang-orang Kristian dipanggil untuk membawa harapan bagi mereka yang sedang melalui masa-masa kelam, terutama keluarga yang diancam oleh ideologi-ideologi yang lazim di dunia masa ini, kata Sri Paus Fransiskus.

Berbicara kepada Institut Sekular Schoenstatt Fathers, yang berada di Roma untuk perhimpunan agung mereka pada 1 September, Bapa Suci menyeru mereka untuk menjadi “pembawa pesan harapan dalam situasi gelap yang dialami orangorang di setiap tahap kehidupan ini.”

“Pada masa ini, banyak perkahwinan sedang menghadapi krisis, yang muda tergoda, yang tua dilupakan, anak-anak menderita,” katanya.

“Kita sering melihat bahawa sifat alamiah keluarga diserang oleh pelbagai ideologi, yang menggoyahkan dasar yang menopang keperibadian manusia dan masyarakat secara keseluruhan.”

Bapa Suci mengatakan dalam keluarga ada “jurang kesefahaman” di antara orang tua dan orang muda.

Sri Paus memulakan ceramahnya dengan menyampaikan selamat kepada ketua Institut Sekular Schoenstatt Fathers, Fr Alexandre Awi Mello, setiausaha Dikasteri Kerasulan Awam, Keluarga dan Kehidupan, yang terpilih mengetuai institusi sekular itu pada 21 Ogos sebagai Pemimpin Umum.

Bapa Suci juga berterima kasih kepada Fr Alexandre atas “kerjasamanya selama beberapa tahun terakhir ini dalam persekutuan dengan penerus Petrus, untuk kepentingan seluruh Gereja.”

Dalam ceramahnya, Bapa Suci mendorong institut itu untuk melanjutkan pelayanan mereka kepada Gereja dan dunia, “terutama dengan menemani keluarga-keluarga dalam pelbagai peristiwa dan kesukaran yang mereka alami.”

Mengingat rangkaian pembicaraannya semasa audiensi umum baru-baru ini tentang orang tua, Sri Paus Fransiskus menekankan perlunya “perjanjian antara generasi” yang “dapat menyelamatkan umat manusia.”

Sangti Papa berkata bahawa memelihara “identiti peribadi dan keluarga” seseorang adalah lebih daripada sekadar mewariskan sifat genetik atau nama keluarga seseorang, “tetapi di atas semua kebijaksanaan tentang apa ertinya menjadi manusia, menurut rencana Tuhan.”

Oleh itu, misteri penebusan kita berkait rapat dengan pengalaman cinta dalam keluarga,” kata Sri Paus Fransiskus. — media Vatikan/Ucanews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments